
Kumpulan lelaki pertama di bawah naungan label terkenal Rocketfuel Entertainment iaitu ALPHA terus mencipta fenomena dengan kejayaan single terbaharu mereka berjudul “P Ramlee Saloma”.
Artikel Berkaitan: ALPHA Kembali Dengan Single Kedua Bergenre Balada!
Artikel Berkaitan: Konsert ‘Dolla Re:Birth The Experience’ Jadi Bukti Kerja Keras Dolla
Kejayaan single kedua
Dianggotai oleh Rizal Rasid, Araff, Daniel Sher, Ray-D, Izat Ibrahim, Afiq Sky dan Ariel Fesol, ALPHA ditubuhkan menerusi rancangan program realiti Big Stage Alpha. Selepas kejayaan single sulung mereka “Monalisa (Bang Bang)”, kini ALPHA sekali lagi membuktikan kemampuan dengan karya terbaharu mereka.
Hanya dalam tempoh dua bulan selepas pelancaran pada 18 Julai lalu, “P Ramlee Saloma” telah berjaya mengumpul lebih daripada 22 juta capaian digital yang merangkumi platform Spotify, YouTube, YouTube Music, Apple Music dan tontonan video pendek.
Bagi sebuah kumpulan yang baru sahaja melangkah dengan single kedua, angka ini membuktikan bahawa muzik ALPHA mampu meninggalkan impak besar dan mendapat tempat di hati peminat.
Bagi Araff, kejayaan ini menjadi pembakar semangat buat dirinya.
Bila nampak lagu ini trending, semangat saya naik berganda. Saya mahu peminat tahu bahawa kami akan terus berusaha untuk hasilkan karya yang lebih baik, dan saya harap mereka terus bersama kami.
MV terbaharu
Bagi menghargai sokongan tanpa henti daripada para peminat, ALPHA kini tampil dengan video muzik (MV) rasmi “P Ramlee Saloma”.
Dengan visual penuh romantik dan sinematografi moden, MV ini bukan sahaja menambah makna pada lagu, malah menjadi simbol kasih sayang ALPHA kepada semua penyokong mereka.
Jelas Ray-D dan Daniel Sher, komen yang positif yang ditinggalkan para peminat dijadikan sebagai pembakar semangat untuk mereka.
MV ini lahir dari hati kami untuk peminat. Ia menjadi pemangkin untuk kami hasilkan lebih banyak visual yang lebih mantap selepas ini.
Paling best bila baca komen-komen yang kata lagu ini menyentuh hati mereka. Itu motivasi sebenar untuk kami terus berkarya.
Bagi Izat Ibrahim dan Afiq Sky pula, kejayaan ini tidak mungkin tercapai tanpa sokongan luar biasa peminat.
Terima kasih kepada semua yang menonton, yang strim dan berkongsi lagu ini. Kejayaan ini milik peminat, dan kami janji akan tampil dengan komposisi lebih segar selepas ini.
Bayangkan, baru dua single sahaja kami sudah capai tahap ini. Itu semua kerana sokongan peminat, dan saya yakin Alpha mampu pergi lebih jauh dengan doa dan sokongan mereka.
Sementara itu, Ariel Fesol turut meluahkan rasa syukur atas perjalanan karier mereka yang semakin membaik ini.
Sokongan peminat menjadikan langkah kami lebih bermakna. Jangan berhenti untuk strim dan sebarkan muzik kami, kerana anda semua adalah kekuatan sebenar Alpha.
Untuk info, bermula 19 September 2025, MV rasmi “P Ramlee Saloma” boleh ditonton secara eksklusif di Youtube @RocketfFuelNetwork.