Penyanyi dan pelakon, Rizal Rasid menzahirkan harapannya untuk kelab peminat kumpulan Alpha iaitu Alphanite kekal bersama dalam jangka masa yang lama.

Artikel Berkaitan: Alpha Tak Pernah Gaduh Besar Sepanjang Empat Bulan Bersama, Utamakan Toleransi & Saling Pujuk-Memujuk

Artikel Berkaitan: Ariel Fesol Juara Big Stage Alpha, Penantian 16 Tahun Berbaloi

Kelab peminat gaduh

Menjawab desas desus mengenai kelab peminat, Alphanite yang bergaduh, Rizal atau nama penuhnya Muhammad Rizal Azhiman Rasid, 30, akui mengetahui tentang perkara tersebut.

Menurut Rizal, perkara ini tidak diketahui secara terperinci namun berharap agar tiada pertelingkahan berlaku lagi antara peminat.

Sebenarnya saya pun tak mengikuti perkembangan isu tersebut. Saya ada dengar tapi tidak secara terperinci.

Kebelakangan ini pula kami memang sibuk dengan penggambaran.

Apa yang boleh saya harapkan agar tiada pertelingkahan antara Alphanite. Sebab bagi saya, mereka adalah nyawa Alpha. Mereka lah semangat dan sumber inspirasi kami untuk terus kedepan.

Jadi, saya harap Alphanite bersatu dan bersama dalam jangka masa yang panjang.

Sementara itu, Rizal memaklumkan misi sebagai kumpulan Alpha adalah memberi layanan yang terbaik bagi semua golongan.

Apa saja kita buat kena bersatu hati. Untuk jayakan sesuatu, kena lah begitu.

Misi kami sebagai Alpha adalah untuk beri layanan yang baik pada semua. Apa saja orang kata, kita layan sama saja.

Peminat obses

Berkongsi lebih lanjut, Rizal meluahkan rasa syukur atas kerjasama peminat yang tidak pernah melampaui batas dalam memberi sokongan.

Pada saya, masing-masing ada perangai sendiri yang tak boleh kami kawal. Kita tidak berhak untuk mengubah seseorang.

Alhamdulillah setakat ini tiada yang terlalu obses. Tapi kalau setakat peminat fanatik, kami hadap setiap hari.

Perkara itu tidak menganggu privasi atau emosi saya.

Dalam pada itu, Rizal turut terharu atas sokongan luar biasa daripada peminat yang sentiasa menyokong perjalanan Alpha.

Saya rasa terharu, benda ini berlaku dengan sangat cepat.

Macam saya dah lama dalam industri, saya ambil perkara itu seperti langkah baru. Tapi untuk adik-adik saya, mungkin mereka tak pernah rasa benda macam ini.

Perkara-perkara itu lah yang kami perlu sesuaikan diri.

Rizal berkata demikian ketika ditemui OhBulan!, pada majlis jenama pakaian tempatan Petra Lebaran yang berlangsung di Hilton Petaling Jaya, pada Selasa.

Tahun ini, Petra menyelusuri kekayaan budaya Nusantara sebagai sumber inspirasi utama. Siluet kebaya tampil sebagai teras koleksi, diperkaya dengan ritma cetakan ikat dan sentuhan motif flora yang romantis. 

Koleksi ini menampilkan 28 rekaan eksklusif, merangkumi koleksi wanita, Petra Petite untuk kanak-kanak serta Baju Melayu Teluk Belanga, menjadikannya sebuah seleksi lengkap dan sempurna untuk seisi keluarga. 

Petra Lebaran 2026 ditawarkan pada harga bermula RM299 hingga RM795. Boleh didapati secara dalam talian di www.petrartw.com, di Petra Store, Seksyen 7 Shah Alam dan di Isetan KLCC.