
Pelakon, Alya Iman menyifatkan platform Threads sebagai ruang toksik yang dipenuhi komen negatif dan kecaman berlebihan.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tidak Berkawan Dengan Dia, Tiada Apa-Apa Hubungan’ – Alya Iman
Artikel Berkaitan: Pihak Pengurusan Nafi Dakwaan Alya Iman Punca Pasangan Artis Cerai, Sedia Ambil Tindakan Undang-Undang

Ketika ditemui OhBulan, pemilik nama Nur Alya Iman Azmil, 25, mengakui kurang selesa dengan sikap segelintir netizen yang bebas melontarkan pandangan hingga melampaui batas.
Dalam banyak-banyak media sosial, Threads lah yang paling saya benci dan sangat toksik berbanding yang lain.
Saya sangat benci Threads.
Bila buka, baca komen netizen tu mereka ibarat tiada agama. Cara menulis tu sangat menakutkan.
Jadi saya memilih untuk tidak main aplikasi itu.
Dalam pada itu, pelakon drama Senafas Rindu itu berkata dia kini memilih untuk tidak membaca komen-komen jahat berkaitan dirinya.
Kalau dulu saya memang ada baca komen-komen mereka ini sehingga menyebabkan mental saya terganggu.
Tapi sekarang tidak lagi. Media sosial memang menakutkan dan kita pun tak boleh nak kawal apa yang netizen cakap kan? Tapi sekarang tidak.








