berita

Alyah Kembali Cergas Selepas Jalani Pembedahan Bariatrik

February 16th, 2023 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Penyanyi, Datin Alyah kini tampil dengan penampilan baharu yang lebih sihat dan cergas sekali gus menambah kejelitaannya selepas menjalani rawatan bariatrik.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Alyah Kesal Wajah Disamakan Dengan Isteri Kedua Pengarah Terkenal  ‘Terpaksa Pula Ikut Muka Budak Tu Padahal Kita Lahir Dulu’

Artikel Berkaitan: Sukar Bernafas dan Sering Lapar Tengah Malam, Datin Alyah Buat Pembedahan Bariatrik

Berdepan masalah untuk buat persembahan

Alyah atau nama sebenarnya, Noor Hasliah Abu Hasan mengakui menghadapi kekangan untuk membuat persembahan sebelum ini akibat mengalami masalah gastrik. Bukan itu sahaja, penyanyi berusia 42 tahun ini turut berkongsi berat badannya pernah mencecah hingga 68 kilogram.

Saya tak nafikan ramai yang bertanya bagaimana saya boleh kurus. Sebenarnya siapa yang mengikuti perkembangan saya pasti ada yang tahu berat badan saya pernah cecah hampir 70 kilogram.

Ditambah pula saya ada alami masalah gastrik yang teruk hingga muntah-muntah. Malah pernah juga masuk hospital kerana masalah tersebut.

Dalam pada itu, isteri kepada pengarah muzik, Datuk Ramli MS ini menambah ada sesetengah peminat menganggap dia sedang hamil anak pertama.

Masalahnya tidak (hamil), kalau betul Alhamdulillah. Jadi bila keadaan itu terus berlaku, ada ketikanya saya sekejap semput dan lelah.

Jadi saya ambil keputusan untuk berjumpa pakar bedah gasteroenterologist Dr Mustafa Mohammed Taher. Saya terlebih dahulu mendapatkan nasihat dan cadangan apa yang terbaik untuk kesihatan.

Lalu saya jalani bariatric operation tahun lalu dan tiada rahsia untuk disembunyikan. Perkara itu saya ada kongsi di media sosial juga.

Mengenang kembali

Di samping itu, Alyah juga meluahkan rasa syukur atas kesembuhan diri dan peluang yang diberikan oleh yang Maha Esa seterusnya berazam untuk mengamalkan gaya hidup sihat.

Mengenang kembali macam mana saya pernah ulang alik pergi klinik dan hospital, Allah SWT bagi jalan untuk kembali cergas dalam beribadah, bekerja dan beriadah.

Sebesar-besar syukur saya panjatkan pada ilahi. Alhamdulillah dan sampai sekarang saya usaha untuk jalani gaya hidup sihat. Kawal pemakanan, bersenam dan sebagainya.

Sumber: Media Hiburan

SKIP THIS AD ×