berita

Alyah ‘Menangis’ Bila Hetty Koes Endang Puji Lagu Kisah Hati Versi Siti Nordiana Lagi Sedap

December 12th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Alyah

Nama penyanyi Indonesia, Hetty Koes Endang menjadi topik bualan hangat netizen di media sosial selepas dia memberikan komen pada persembahan Siti Nordiana di konsert akhir All Stars Gegar Vaganza, malam tadi.

Artikel Berkaitan: Liza Hanim Sedih Bakat Tidak Dihargai – ‘Saya Merasakan Sudah Tiba Masa Berhenti Menyanyi’

Artikel Berkaitan: Jaclyn Victor Respon Netizen Pertikai Kemenangan Sebagai Juara – ‘Bukan Saya Bagi Markah’

Reaksi Alyah

Alyah

Siti Nordiana atau mesra dengan sapaan Nana telah membawakan lagu Kisah Hati nyanyian asal Datin Alyah pada pusingan solo.

Sewaktu Hetty memberikan komen, dia telah memuji Nana dengan mengatakan nyanyiannya lebih merdu mendendangkan lagu tersebut berbanding penyanyi asal.

Susulan itu, netizen meluahkan rasa kurang senang mereka pada Hetty dengan mengatakan dia tidak wajar memberikan komen sedemikian memandangkan Alyah turut berada di acara berkenaan.

Sementara itu, isteri kepada Datuk Ramlis MS itu dilihat mengulas siar atau ‘repost’ semula luahan seorang pengikut di Instagram Story miliknya.

Pengikut terbabit berkata Hetty sebagai juri tidak seharusnya merendahkan Alyah.

Tak perlu nak merendahkan penyanyi asal sampai macam itu, agak-agaklah jauh lebih baik? Nonesense! Menurut aku.

Alyah kemudian dilihat meninggalkan emoji menangis pada perkongsian tersebut.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×