berita

Jaclyn Victor Respon Netizen Pertikai Kemenangan Sebagai Juara – ‘Bukan Saya Bagi Markah’

December 11th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Jaclyn Victor

Penyanyi Jaclyn Victor berharap semua pihak bertenang dan tidak mempertikaikan kejuaraannya dalam program All Stars Gegar Vaganza (ASGV).

Artikel Berkaitan: Jaclyn Victor Dinobatkan Juara All Stars Gegar Vaganza!

Artikel Berkaitan: Liza Hanim Sedih Bakat Tidak Dihargai – ‘Saya Merasakan Sudah Tiba Masa Berhenti Menyanyi’

‘Bukan saya bagi markah’

Jaclyn Victor

Ketika ditemui OhBulan!, Jaclyn berkata, program tersebut telah dinilai oleh barisan juri profesional dan menganggap kemenangannya itu sebagai satu rezeki.

Saya minta maaf, saya sayangkan Liza Hanim dan juga peserta lain semua. Saya tak ada masalah dengan mereka tapi ini namanya pertandingan.

Sumpah saya cakap bila berdiri dekat atas tu saya macam dah pasrah. Apa sahaja yang jadi malam ini saya berserah sahaja.

Siapa sahaja yang menang malam ini saya pastinya akan gembira untuk mereka. Liza buat sangat sangat baik. Saya tidak tahu apa kriteria permarkahan dan mungkin ini rezeki saya.

Jaclyn berkata demikian ketika ditemui pada sidang media konsert akhir ASGV yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, pada Ahad.

Tambah pelantun lagu Gemilang itu, dia berharap agar peminat setiap peserta tidak membuat sebarang andaian dan spekulasi negatif terhadapnya.

Saya harap orang dapat melihat kita punya persahabatan adalah ikhlas sebab saya sangat sukakan Liza Hanim.

Saya sangat hormati dengannya dan saya tak rasa yang kita ini ada berkata buruk, tak ada.

Secara jujurnya kalau dia buat dengan sangat bagus, kami semua sentiasa memberikan sokongan antara satu sama lain.

Saya harap peminat juga boleh bawa bertenang. Bukan saya yang memberikan markah dan saya berserah sahaja. Tapi saya sayang Liza dan semua bintang ASGV.

Terdahulu, kemenangan Jaclyn telah mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan peminat dan juga netizen sehingga menceruskan perbalahan di media sosial.

Netizen juga berpendapat, penyanyi Liza Hanim lebih layak dinobatkan sebagai juara berbanding Jaclyn.

SKIP THIS AD ×