
Terbaru dari penyanyi yang popular dengan lagu berjudul “Kisah Hati” ini, dia ketika dihubungi Media Hiburan mengaku bahawa dia dan Ramli MS masih lagi mengenali hati budi masing-masing.
“Saya akui yang saya sekarang berkawan dengan beliau dan kini kami masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing.”
Alyah turut meminta agar para peminat tidak membuat apa-apa spekulasi dan mendoakan yang terbaik buat dirinya.
“Saya harap dengan penjelasan ini, tiada lagi pihak membuat sebarang spekulasi yang bukan-bukan. Doakan yang baik-baik untuk kami dan jika ada jodoh (berkahwin) saya akan kongsikan dengan semua peminat.” – Alyah dipetik dari Media Hiburan.
Apa-apa pun, jom layan balik lagu berjudul “Kisah Hati” oleh Alyah selepas ini!