
Anak kepada penyanyi Siti Saerah, Ahmad Dayyan, mencuri tumpuan warganet apabila dijemput mengetuai nyanyian lagu Negaraku di Litar Antarabangsa Sepang sempena perlumbaan MotoGP Malaysia 2025, pada Ahad lalu.
Artikel Bekaitan: Ustaz Buang Gangguan Di Tubuh Amad, Seru Pulihkan Dewan Dari Unsur Mistik – ‘Tak Mahu Kejadian Sama Berulang’
Artikel Berkaitan: Ara Johari Setuju Cadangan ‘Bersih’ Lokasi Amad Dayyan Pengsan – ‘Terasa Macam Diperhatikan’
Suara Amad raih pujian ramai

Persembahan Amad yang penuh semangat dan bertenaga di acara berprestij itu menerima pujian ramai, termasuk daripada peminat yang kagum melihat keyakinan dan bakat nyanyian di usia muda.
Menerusi hantaran Instagram (IG), Amad meluahkan rasa bangga apabila diberikan peluang untuk mewakili negara di pentas berprestij.
Saya baru sahaja selesai menyanyikan lagu kebangsaan kita yang tercinta, Negaraku, di MotoGP.
Terasa begitu bersyukur dan bangga kerana dapat mewakili negara saya di pentas sebesar ini.
Malah beberapa pelumba dan tetamu kehormat yang hadir turut dilihat memberikan tepukan gemuruh selepas Amad selesai mendendangkan lagu kebangsaan.
Warganet & keluarga tumpang bangga

Menerusi tinjauan di media sosial, ramai warganet meluahkan rasa kagum dan bangga serta terharu melihat pencapaian penyanyi cilik, Amad yang semakin menyerlah di usia kecil.
Ada juga yang menyifatkan bakatnya sebagai penyambung legasi keluarga besar TokTi, memandangkan Amad menunjukkan potensi yang besar dalam bidang nyanyian sejak kecil lagi.
Ramai yang memuji keyakinan Amad berdiri di pentas sebesar itu, menyanyikan lagu kebangsaan di hadapan ribuan penonton antarabangsa. Ini sesuatu yang bukan mudah untuk dilakukan bagi kanak-kanak seusianya.
Sekadar info, Ahmad Dayyan, 13 merupakan anak kepada Siti Saerah yang juga merupakan seorang penyanyi dan adik kepada Dato’ Sri Siti Nurhaliza.
Sumber: TikTok








