berita

Amalkan Diet Suku Suku Separuh, Wanita Transform Daripada Saiz XXL Ke M Dalam Masa 3 Bulan

November 11th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Dalam usaha untuk menurunkan berat badan, terdapat beberapa kaedah popular yang sering menjadi pilihan orang ramai. Antaranya adalah diet atkins, intermittent fasting (IF) dan diet suku suku separuh (DSSS). Ketiga-tiga kaedah ini sebenarnya mampu menurunkan berat dengan berkesan sekiranya diamalkan secara bersungguh-sungguh.

Seperti perkongsian wanita ini, dia memilih untuk mengamalkan kaedah DSSS sehingga mampu menyarung baju daripada bersaiz XXL kepada saiz M.

Mula diet dari bulan 8

11.11.2020

Hari ini nak share walaupun belum capai berat ideal lagi tapi inchloss banyak amat. Dulu pakai baju saiz XXL sekarang dah muat M/freesize. Sy start dsss lepas bersalin haritu. 4.8.2020 sampai hari ini. Baby masih susu badan. Menyusu untuk si abangnya sekali.

Sebelum ni memang nak diet tapi tak sampai-sampai seru tu sebab dalam kepala otak, kalau nak diet, kena buat macam diet atkin. Stress jugak tengok menunya eat clean sangat tu yang sampai sudah kelaut je. Last-last jumpa group ni so slow-slow follow. Dalam pantang manis saya ambik lagi air horlick dalam sehari ambik 2 cawan. Lepas pantang, terus cut off sebarang manisan.

80% pemakanan, 20% senaman

Saya sertakan sekali menu saya makan yang sempat ambik gambar walaupun tak semenggah sangat. Sat lagi ada la geng eat clean komen ‘eh tak boleh ambik kuah’ ‘eh boleh ke makan sos’ eh itu eh ini sy makan jugak semua tapi turun jugak tiap minggu. Makan jela sis/bro selagi tak lebih portion tuu. Saya makan 5 kali sehari. Snacking ambik nuts or buah.

Saya punya calculation macam biasa 80% pemakanan, 20% senaman. So saya kira macam ni, dalam sehari dah ambik 80% pemakanan, so saya mesti senam 20 minit sehari. 20 minit je buat tak kira la senam apa tapi sy buat tabata, cardio, skipping, senam lengan, wall squat dan plank. Tiap kali senam saya akn mix semua ni jadikan 20 minit saja.

Tinggi 175cm. Berat tak capai bmi lagi sikit je lagi. Nanti dah capai saya share. Harap-harap kekal macam ni sampai bila-bila sebab sangat ringan badan sekarang senang nak gerak. Tetiba ada komen ‘ala ambik mirror selfie memang la nampak kurus’. Sorry la takde orang yang sudi jadi photographer saya. Tu jela next time share lagi if dah capai berat ideal. Sekian. Thanks sudi baca.

Antara menu harian

Sumber: Ekin Jamil

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×