Pelakon Indonesia, Amanda Manopo berkongsi situasi menjijikkan yang dihadapinya sewaktu tiba di lokasi penggambaran sebuah drama di daerah Bogor, Jawa Barat.

Artikel Berkaitan: Nadin Amizah Dakwa Diraba Peminat Ketika Konsert – ‘Rasa Kotor Dengan Tubuh Sendiri’

Amanda diraba

@tahananamanda

guys, please be smart and sensible fans😭💔 yang normal-normal aja gitu kalau emg gaada ruang untuk say hi jangan memaksakan sampe pegang megang cubit kek gini, kasi ruang untuk jalan juga 🤏🏼 😡 cewe guaaa kasihaaaan 🫵🏻 @Amanda Manopo #amandamanopo

♬ original sound – bukanadea – bukanadea

Menerusi TikTok, Amanda yang baru sahaja turun dari kereta telah disambut peminat yang menunggunya di lokasi tersebut.

Meskipun dikawal oleh pengawal keselamatan, namun keadaan menjadi semakin tidak terkawal apabila ramai peminat berebut-rebut mahu bersalaman dengannya.

Sehinggalah satu tahap, Amanda merasakan bahagian dadanya disentuh dan diraba oleh seorang lelaki tidak dikenalinya.

Kejadian terlalu pantas

Menurut Amanda, dia tidak dapat mengesan pelaku tersebut memandangkan dirinya dikerumuni ramai peminat dan kejadian tersebut berlaku begitu pantas.

Sementara itu, dapatan OhBulan! mendapati pelakon filem ‘Bisikan Iblis’ itu telah memadam posting tersebut dari akaun TikToknya.

Sumber: TikTok, Suara.com