Penyanyi terkenal Indonesia, Nadin Amizah mendakwa telah menjadi mangsa gangguan seksual oleh seorang lelaki ketika membuat persembahan di Pasar Senggol, Summarecon Mall Bekasi, Indonesia, baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: Nadin Amizah Teruja Beraksi Di Kuala Lumpur Malam Ini, 40 Pemuzik Orkestra Diterbangkan Dari Jakarta

Artikel Berkaitan: Nadin Amzah Kembali Bertemu Peminat Di Malaysia Pada 16 Mei Menerusi Konsert ‘Malam Mendengar’

Diraba peminat?

Kecewa dengan insiden itu, Nadin, 25, memberitahu, kejadian berlaku apabila segelintir penonton bertindak merempuh kawasan yang telah dipagar dan melepasi kawalan pihak keselamatan.

Saya sangat kecewa dengan kalian. Bukan semua tapi segelintir yang menolak dan merempuh kami walaupun kawasan itu sudah dipagar.

Malam ini terjadi lagi. Tubuh saya yang sangat saya jaga disentuh orang sesuka hati.

Kejadian sama berulang

Tambah pelantun lagu Bertaut itu, dia tidak menyangka perkara sama berulang kembali apabila sebelum ini pernah menjadi mangsa gangguan seksual.

Saya marah sangat dengan diri sendiri sebab benda ini terjadi lagi. Rasa sangat kotor dengan tubuh sendiri. Kalian semua bukan peminat.

Pada September 2023, Nadin pernah berkongsi insiden serupa ketika membuat persembahan di Bandung, Indonesia.

Sumber: Instagram