
Pelakon Amar Baharin mengakui setiap usaha yang dihargai oleh isteri menjadi pendorong buat seorang suami untuk terus memperbaiki diri dan menjadi insan yang lebih baik setiap hari.
Artikel Berkaitan: Anak Sulung Semangat Puasa Enam, Amar Baharin Ajar Tak Perlu Paksa – ‘Jangan Suruh, Tunjuk’
Artikel Berkaitan: Amyra Rosli Kongsi Amar Baharin Sudah Ada Hobi Baru – ‘Tanam Sayur, Mungkin Dia Rasa Dunia Sekarang Perlu Berjimat’
Isteri disayangi

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Threads, Amar berkongsi tangkap layar (screenshot) perbualan bersama isterinya, Amyra Rosli.
Pada hantaran yang sama, Amyra dilihat menzahirkan rasa syukur atas kebaikan Amar sebagai suami sekali gus menitipkan doa agar rumah tangga yang dibina dipenuhi keberkatan.
Menurut Amar, usahanya mungkin tidak kelihatan besar namun cukup untuk membuat isterinya rasa disayangi dan dihargai.
Kadang-kadang aku rasa usaha aku biasa saja.
Belikan kek, dengar cerita isteri, balik rumah awal dan layan sembang.
Tapi bagi seorang isteri, perkara kecil itu boleh buat dia rasa paling disayangi di dunia.
Tambah Amar, wanita tidak sentiasa meminta kesempurnaan namun hanya mahukan perhatian dan kasih sayang daripada seorang suami.
Perempuan ini bukan minta kesempurnaan. Bukan nak minta kemewahan setiap masa.
Kadang-kadang dia cuma nak rasa dihargai oleh suami.
Dan bila seorang isteri menghargai perkara kecil yang kita buat, itu yang buat kita nak jadi lebih baik setiap hari.
Sumber: Threads @amarbaharin








