Susulan kekalahan berjumlah AS$15 juta dalam kes saman fitnah yang difail oleh Johnny Depp, pelakon Hollywood Amber Heard tampil meluahkan rasa tidak puas hati terhadap warga media sosial yang kononnya bersifat ‘tidak adil’ terhadapnya.
Artikel Berkaitan: ‘Hak Wanita Kini Bergerak Ke Belakang’ – Amber Heard Sindir Johnny Depp Buka Akaun TikTok?
Artikel Berkaitan: Janji Beri Kebahagiaan, Lelaki Arab Saudi Lamar Amber Heard
Semua berpihak pada Johnny Depp
Dalam satu temu bual bersama program Today terbitan NBC News, Amber tampil meluahkan rasa tidak puas hati akan kritikan yang diterimanya sepanjang perbicaraan berlangsung, dan menganggap bahawa perkara tersebut tidak adil baginya.
Bahkan jika anda yakin bahawa saya layak menerima kecaman ini, walaupun anda yakin saya menipu, anda tidak mungkin dapat melihat mata saya dan berkata bahawa media sosial telah berlaku adil terhadap saya.
Anda tidak boleh beritahu saya bahawa anda rasa ini adalah sesuatu yang adil.
.@savannahguthrie sat down for an exclusive conversation with #AmberHeard. "You cannot tell me that you think that this has been fair,” Heard shared, in reference to social media representation. pic.twitter.com/56Ju7pYg1x
— TODAY (@TODAYshow) June 13, 2022
Memetik laporan Insider, pengguna media sosial terutama sekali di laman TikTok jelas sekali telah memilih untuk berpihak kepada Johnny Depp, langsung mengecam Amber, dan segala yang dikemukakannnya dianggap palsu.
Walaupun ahli juri yang terlibat dengan kes tersebut telah diarahkan untuk tidak melayari media sosial, pasukan guaman Amber tetap berkeras bahawa keputusan yang dibuat itu berpunca daripada pengaruh media sosial.