Susulan insiden seorang jurulatih menampar muka dua orang pemain pasukannya, pelakon, Azhar Sulaiman turut berkongsi pengalaman sama yang pernah dilalui anak lelakinya.
Artikel Berkaitan: Tidak Berniat Mendatangkan Kecederaan, Hanya Untuk Menaikkan Lagi Semangat’ – Jurulatih Tampar Pemain Mohon Maaf
Artikel Berkaitan: Azhar Sulaiman Tayang Badan Pakai Jubah Mandi, Netizen Nakal Tanya – ‘Belajar Dengan Leona Ke?’
Pernah ditampar
Menerusi satu hantaran di Instagram milik pelakon ini, dia mendedahkan anaknya Andika Rees Pahamin, 20, juga pernah ditampar oleh gurunya suatu masa dahulu. Namun, Azhar mengambil keputusan untuk berdamai dan melupakan sahaja kejadian itu.
Anak saya Rees pernah kena lempang dengan Cikgu dia. Selepas sebulan saya jumpa Cikgu itu, salam dan cakap dekat dia, kita lupakan sahaja Cikgu kisah lama tu. Mari ‘move on’.
Bukan itu sahaja, pelakon berusia 51 tahun ini juga memberitahu, dia tidak dapat membayangkan apa akan terjadi jika anaknya selaku atlet sukan hoki ais itu ditampar secara terbuka di gelanggang.
Kalau sebagai pemain hoki ais Malaysia, dia kena lempang secara terbuka di gelanggang. Saya tak tahulah apa akan jadi. Pemain hoki ais kan jenis tahan lasak dan tahan rempuh, haha. Alhamdullilah pasukan dan jurulatih amat menyayanginya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kurang bersetuju jika warga pendidik bertindak menggunakan kekerasan terhadap fizikal pelajar walau atas alasan apa sekali pun. Menurut warganet, tindakan kasar itu telah melangkaui ajaran Islam dalam mendidik.
Sumber: Azhar Sulaiman