![[VIDEO] ‘Dia Mesra & Selesa Dengan Penduduk Orang Asli’ – Individu Sifatkan Kasih Leia Seorang Yang Merendah Diri](https://asset.ohbulan.com/2026/02/kasih-leia1.jpg)
Kemesraan yang ditunjukkan oleh anak kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Leia Ixora bersama penduduk Orang Asli telah meraih perhatian ramai.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anak Sulung Azhar Sulaiman Kongsi Video Terima Rawatan, Jawab Soalan Netizen Kenapa Badan Kurus
Artikel Berkaitan: Dikecam Terlalu Kurus & Cengkung, Anak Azhar Sulaiman Buka Mulut – ‘Ia Hanyalah Genetik, Sila Tanya Ayah Saya’
Merendah diri
Menerusi perkongsian di TikTok, seorang individu memuat naik video yang memaparkan Kasih Leia sedang menghadiri ke majlis perkahwinan kenalannya di sebuah perkampungan Orang Asli.
Namun, yang menarik perhatian adalah sikap Kasih Leia yang dilihat peramah dan mesra menyantuni penduduk kampung tersebut.
Anak Azhar Sulaiman, Kasih ini memang merendah diri betul. Dia nampak mesra dan selesa dengan penduduk Kampung Orang Asli Simpai ini.
Kata pengantin, dia boleh tinggal bersama-sama dengan keluarga Orang Asli ini berminggu-minggu dan berbulan-bulan.
Dia menangis tengok kawan dia kahwin.
Difahamkan anak sulung kepada pelakon itu sebelum ini pernah menjalankan kajian di kawasan tersebut, yang menjadikan hubungannya bersama penduduk kampung berkenaan sangat akrab.
Dia tak kekok langsung duduk di kampung Orang Asli.
Katanya dia pernah tinggal lama di kampung ini sambil buat penyelidikan ketika menyambung pelajaran dahulu.
Tadi nampak dia berjalan kaki keliling kampung dengan kawan.
Sumber: TikTok






![[VIDEO] Khairul Aming Nasihat Farah Dina Rancang Kerjaya, Kewangan – ‘Tak Nak One-Hit Viral, Kita Nak Sustain Lama’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/IMG_6309.jpeg)
