Hantaran selebriti media sosial, Ameera Khan sekali lagi menyorot perhatian netizen dengan imejnya yang bertudung seakan memberi petunjuk.

Artikel Berkaitan: Ameera Khan Sifatkan Jefri Nichol ‘Dream Guy’, Syukur Dapat ‘Boyfriend’ Setia & Penyabar

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jefri Nichol Hormat Perasaan Ameera Khan, ‘Unfollow’ Semua Perempuan Kecuali Rakan Sekerja Senior

Pergi kursus kahwin?

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG), Ameera atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan (LMK) dilihat berjubah dan bertudung serba hitam.

Manakala, kekasihnya yang merupakan aktor dari Indonesia iaitu Jefri Nichol mengenakan kemeja berwarna putih.

Namun, perkongsian itu menimbulkan spekulasi antara netizen yang mendakwa ia seakan-akan memberi pentunjuk bahawa mereka telah menghadiri ke kursus perkahwinan. 

Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian OhBulan!, Ameera tidak meletakkan sebarang kapsyen mahupun kenyataan berhubung foto tersebut.

Netizen teruja

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat teruja jika spekulasi yang timbul itu menjadi kenyataan. Selain itu, warganet turut memuji imej yang dipilih Ameera yang menutup aurat sepenuhnya.

Sumber: Instagram