
Pempengaruh Ameera Khan menyorot perhatian apabila sekali lagi tampil dalam dunia perniagaan dengan memperkenalkan jenama Chocotub.
Artikel Berkaitan: ‘Tester’ Choco Jar Ameera Khan Raih Perhatian, Individu Dakwa Coklat Diterima Kering
Artikel Berkaitan: Individu Kongsi Pengalaman Jumpa Ameera Khan Depan Mata, Akui Memang Cantik – ‘Dia Paling Menyerlah’
Comeback
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Ameera atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan (LMK) tampil berkongsi produk terbaharunya yang hadir dengan pembungkusan berwarna merah jambu.
Pada hantaran sama, Ameera turut berkongsi beberapa foto dirinya bersama produk Chocotub yang bakal menemui pelanggan bermula hari ini.
Teka siapa kembali.
Lmk Chocotub jumaat ini.
Selain itu, rata-rata netizen turut menyambut baik kemunculan semula adik kepada selebriti Neelofa itu dalam dunia perniagaan malah tidak ketinggalan menitipkan kata-kata sokongan buatnya.
Reaksi netizen
Sumber: Threads @littlemisskhan