berita

Ameera Khan ‘Flex’ Kereta Maserati, Netizen Tergamam – ‘Young & Rich’

June 20th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

Personaliti media sosial, Ameera Khan yang juga merupakan adik kepada selebriti, Neelofa sering menjadi tumpuan warganet di media sosial.

Artikel Berkaitan: Ameera Khan ‘Sidai’ Coli Merah Di Balkoni, Netizen Tanya Mana Sifat Malu?

Artikel Berkaitan: ‘Ameera Kalau Dapat Lelaki Boleh Bimbing, Akan Jadi Seorang Isteri Yang Baik’ – Neelofa

Kereta Maserati

Terbaru, Ameera dilihat memuat naik beberapa keping foto dengan sebuah kereta berjenama mewah iaitu Maserati di Instagram (IG).

Menerusi hantaran itu, ‘influencer’ berumur 23 tahun tampil ‘simple’ mengenakan baju berlengan panjang berwarna hitam dan posing dalam kereta yang menampakkan interior serba mewah.

Ameera juga menulis kapsyen ringkas, minggu baru (new week).

Flex kekayaan

Perkongsian itu semestinya ‘menguis’ pengikut untuk berjemaah ke ruangan komen. Rata-ratanya terpegun melihat kereta Maserati yang bukan kaleng-kaleng harganya.

Selain itu, netizen juga menyifatkan Ameera bertuah kerana dilahirkan dalam sebuah keluarga berada serta mempunyai pekerjaan yang lumayan pendapatannya.

Sebelum ini, Ameera dikecam selepas memuat naik foto coli merah di Instagram hingga menjadi perdebatan netizen.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×