
Pelakon Fendy Bakry berkongsi pengalaman berdepan dengan seorang pempengaruh media sosial yang didakwa sombong.
Artikel Berkaitan: ‘Kena Ada Ilmu, Belajar Teknik Lakonan Sebelum Masuk Set’ – Fendy Bakry Titip Nasihat Buat Pelakon Baharu
Pempengaruh sombong?

Menerusi hantaran di Threads, Fendy atau nama lengkapnya Mohd Affandi Nor Bakri, 38, mengimbas kembali pertemuan dengan seorang pempengaruh lelaki.
Menurut Fendy, dia cuba untuk bertegur sapa dengan pempengaruh tersebut namun niat baiknya itu didakwa tidak diterima dengan baik.
Saya pernah jumpa seorang pempengaruh lelaki, semasa itu kami berniaga di bazar.
Dia masuk dan buat konten untuk baju kurta bersama anaknya.
Punyalah kita ini tegur untuk greeting sebab masuk kedai, tapi tak dijawabnya siap buat muka.
Dalam masa sama, pelakon yang popular menerusi drama Mr Grey itu menegaskan bahawa budaya saling menyapa di antara satu sama lain sepatutnya diamalkan tanpa mengira status seseorang.
Tegur-menegur ini tak perlu tunggu kasta atau pangkat.
Adab Melayu bukan?
Perkongsian Fendy itu adalah respon kepada hantaran aktres Zarina Anjoulie, yang bersetuju dengan pendapat segelintir warganet berhubung dakwaan terdapat segelintir pempengaruh bersikap sombong.
Kepada pempengaruh yang cakap netizen complain, hakikatnya perangai awak sombong.
Bajet bagus, jadi bila netizen kecam terimalah.
Jumpa dekat luar pun sombong rasa terpaling, walhal suam-suam kuku.
Kalau nak orang jadi baik, awak dulu kena jadi baik. Tak guna duit pun dan jangan berangan sangat macam kami ini di Hollywood.
Sumber: Threads






![[VIDEO] Haliza Maysuri Turun Merewang Untuk Aqiqah Cucu – ‘Dah La Kaya, Rajin Turun Dapur’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/haliza-maysuri-2.jpg)