Pelakon Amelia Henderson mendedahkan dia tidak gemar menghabiskan masa di dapur untuk memasak.
Artikel Berkaitan: ‘Pengganti Untuk Teman Hidup? Saya Boleh Temankan Diri Sendiri ..’ – Amelia Henderson
Seorang yang sangat sibuk
Memetik laporan Gempak, Amelia berkata dia lebih suka berehat ketika berada di rumah dek kerana jadual kerjanya yang padat.
Selain itu, pengacara berumur 29 tahun juga mengakui dia langsung tidak pandai memasak.
Saya seorang yang tidak memasak di rumah kerana sentiasa ‘on the go’. Lagipun terus terang saya tak pandai memasak langsung.
Saya lebih suka makan dari memasak dan duduk di dapur. Lagipun gaya hidup saya sebagai pelakon yang sangat sibuk ini membuatkan saya balik ke rumah hanya untuk berehat dari memasak.
Calon suami pandai masak
Dalam pada itu, ditanya sama ada akan belajar memasak sekiranya berkahwin lagi, pemilik nama Amelia Thripura Henderson menyatakan dia akan mencari calon suami yang pandai beraksi di dapur.
Setakat ini saya boleh kata belum tiba masanya lagi untuk saya jadi kreatif dan belajar memasak.
Nak kahwin nanti mungkin saya kena cari calon suami yang pandai masak kerana dia pun kena tolong bukan tanggungjawab isteri seorang.
Sumber: Gempak