berita

[VIDEO] Amelia Henderson Terkejut, Nafi Langgar Kontrak A Aida – ‘Jalan Cerita Drama Ini Membuatkan Saya Tertekan ..’

June 26th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Giliran pelakon Amelia Henderson menegakkan kebenaran selepas aktor Idris Khan bersuara mengenai dakwaan melanggar penjanjian kontrak penggambaran drama ‘Sekali Lagi Cinta Kembali’ yang dibuat oleh penerbit terkenal, Datuk A Aida.

Artikel Berkaitan: A Aida Bakal Saman Amelia Henderson & Idris Khan, Tarik Diri Bagi Alasan Mengarut

Artikel Berkaitan: ‘Tuduhan Yang Dilemparkan Terhadap Saya Adalah Fitnah’ – Idris Khan

Tidak benar!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ?????? (@ameliath)

Menurut Amelia, dia berasa terkejut sejurus mengetahui tentang sidang media yang telah diadakan pada Jumaat lalu. Kata aktres berumur 27 tahun ini, perkara terbabit tidak perlu dihebahkan kepada media dan orang awam kerana boleh diselesaikan secara baik.

Tanpa prejudis saya ingin katakan segala tuduhan adalah tidak berasas dan tidak benar. Saya terkejut dengan sidang media yang dijalankan sebelum ini dan dapat tahu tentang perkara tersebut melalui sosial media.

Saya percaya perkara ini boleh diselesaikan secara tertutup tanpa melibatkan media dan orang awam. Saya faham kontrak tersebut, tetapi saya tidak melanggarnya.

Pemilik nama Amelia Thripura Henderson mendakwa dia belum menerima skrip penuh drama tersebut serta tarikh penggambaran juga tidak diketahui selepas dia menandatangani kontrak pada Februri lalu.

Kami tanda tangan kontrak pada Februari dan mengikut nota saya penggambaran bermula pada 20 Mei hinggan 17 Ogos.

Namun ketika menandatangani kontrak, belum ada skrip penuh atau tarikh yang pasti bila penggambaran akan dimulakan.

Tak boleh terima jalan cerita

Dalam pada itu, pelakon drama Kisah Cinta Kita juga mendakwa skrip yang diterima pada Mei lalu tidak sama seperti dibincangkan pada awal pertemuan.

Dakwanya lagi, jalan cerita drama tersebut membuatkan dia berasa tertekan dan risau kerana bertentangan dengan prinsip diri.

Saya diberitahu watak yang dipegang adalah tentang wanita yang kuat namun apabila terima skrip ia adalah sebaliknya. Jalan cerita drama ini membuatkan saya tertekan dan risau.

Sebagai pelakon saya ada tanggungjawab untuk memberi contoh baik kepada penonton. Namun apabila membaca skrip ia bertentangan dengan prinsip saya dan saya tidak boleh terima.

Lebih teruk lagi ia tidak sama seperti digambarkan awal dahulu. Keutamaan saya adalah penonton.

Sebelum ini, A Aida mendakwa Idris dan Amelia telah menarik diri di saat akhir dengan alasan yang tidak munasabah justeru tindakan saman terpaksa diteruskan.

Dakwanya lagi, dua pelakon tersebut sudah menandatangani kontrak dan menerima bayaran pendahuluan sebanyak lima peratus.

Sumber: Instagram @ameliath

SKIP THIS AD ×