Pengacara dan penceramah motivasi, Amin Idris tampil bersuara mengenai isu pempengaruh yang didakwa menunggang agama Islam demi meraih populariti.

Artikel Berkaitan: ‘Janganlah Terus Hukum Lapan Rakaat Bukan Tarawih’ – Amin Idris

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dari James Kelson Dambu Murthy Ke Amin: Perjalanan Identiti Amin Idris – ‘Saya Guna Nama Itu Sampai Darjah Satu’

Tunggang agama Islam?

Menerusi ciapan yang dimuat naik di Threads, Amin Idris, 45, berpendapat tiada masalah bagi mana-mana individu untuk berpuasa sama ada beragama Islam mahupun sebaliknya.

Tambah Amin, sesiapa sahaja boleh mempratikkan amalan berpuasa selagi ianya tidak bertentangan atau menghina ajaran Islam.

Biarlah mereka.

Bagi mereka rasa keindahan puasa Ramadan.

Selagi mereka tidak hina agama Islam, okay saja.

Dalam pada itu, Amin turut mengingatkan agar umat Islam sentiasa menampilkan akhlak yang baik sebagai cerminan keperibadian sebenar seorang Muslim.

Kerja kita adalah tunjukkan akhlak yang baik hasil didikan Ramadan. Itu juga dakwah.

Hidayah bukan kerja kita, tapi urusan Allah. Jangan buat kerja Allah.

Sekadar info, tular isu tunggang agama apabila dilihat lebih ramai pempengaruh bukan Islam yang mula berpuasa sekali gus menjadikan konten di media sosial.

Bagaimanapun, isu tersebut menimbulkan rasa kurang selesa diantara netizen beragama Islam yang menganggap ianya dibuat demi meriah populariti.

Sumber: Threads @amin_idris