berita

Amir Ahnaf Belum Bersedia Nak Bercinta – ‘Saya Anak Sulung Daripada Sembilan Adik Beradik, Banyak Tanggungjawab Dipikul’

January 4th, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

Amir Ahnaf

Pelakon meningkat naik, Amir Ahnaf akui masih belum terbuka hati untuk menjalin hubungan cinta dengan mana-mana wanita.

Artikel Berkaitan: Pengarah Filem Prekual Mat Kilau Akhirnya Terjawab! Saiful Reza & Shaharudin Diumum Sutradara Pendekar Awang: Darah Indera Gajah

Artikel Berkaitan: Amir Ahnaf Mohon Maaf Isu Adegan ‘Soft P**n’ – ‘Ibu Bapa Saya Tahu, Babak Itu Hanya Cheat Shoot’

Tanggungjawab pada keluarga

Amir Ahnaf

Ketika ditemui OhBulan!, Amir atau nama lengkapnya Muhammad Amir Ahnaf Mohd Khairudin, 23, berkata fokusnya kini seratus peratus pada keluarga dan kerjaya.

Jelas Amir, sebagai anak sulung kepada sembilan adik beradik, dia memikul satu tanggungjawab yang besar dibahunya.

Saya belum bersedia nak bercinta lagi, sekarang saya masih solo. Hati saya belum terbuka lagi untuk ada hubungan cinta atau istimewa dengan sesiapa.

Saya ada sembilan orang adik beradik dan masih ada mak ayah.

Adik beradik saya ada yang masih belajar di sekolah, ada di universiti. Jadi sebagai anak sulung banyak tanggungjawab yang perlu saya pikul.

Amir berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah yang berlangsung di GSC, IOI Mall, Putrajaya pada Selasa.

Menerusi filem berkenaan, Amir memegang watak sebagai Andak.

Pendekar Awang: Darah Indera Gajah bakal menerjah ke pawagam seluruh negara pada 11 Januari ini.

Filem tersebut menampilkan pelakon Fattah Amin sebagai watak utama di samping aktor lain seperti Wan Hanafi Su, Amir Ahnaf, Nadhir Nassar, Nur Fazura dan ramai lagi.

SKIP THIS AD ×