berita

Pengarah Filem Prekual Mat Kilau Akhirnya Terjawab! Saiful Reza & Shaharudin Diumum Sutradara Pendekar Awang: Darah Indera Gajah

January 3rd, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

Pendekar Awang

Selepas beberapa kontroversi yang timbul, teka-teki siapa pengarah filem prekuel kepada Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan iaitu Pendekar Awang: Darah Indera Gajah akhirnya terjawab.

Artiekl Berkaitan: Fazura Risau Cedera Buat Babak Tunggang Kuda Dalam Pendekar Awang: Darah Indera Gajah – ‘Tak Nak Saluran Peranakan Terjejas’

Pengarah Pendekar Awang

Pendekar Awang

Nama Saiful Reza Shukor dan Shaharudin Mat Dali diumumkan sebagai sutradara karya berkenaan sekaligus menjawab persoalan pengganti pengarah asal iaitu Areel Abu Bakar yang digugurkan sebelum ini.

Penerbit Studio Kembara Sdn Bhd iaitu Abdul Rahman Dali berkata, pemilihan dua pengarah ini adalah bagi memastikan dapat memberi hasil terbaik untuk filem ini.

Apabila melihat plot awal kami rasa ada yang perlu diperbaiki. Ada sudut yang mungkin boleh menjejaskan produk akhir filem ini.

Jadi disebabkan itu kami berubah bertukar pengarah seperti yang sekarang ini. Sebagai produser saya rasa filem ini perlu ditambah baik.

Sebab itulah keputusan tukar pengarah buat. Ia bukanlah satu masalah besar.

Rahman berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah yang berlangsung di GSC, IOI Mall, Putrajaya pada Selasa.

Sebelum ini, timbul kontroversi apabila Areel memaklumkan namanya telah digugurkan secara mengejut tanpa mengetahui punca sebenar.

Malah tiada perbincangan secara terperinci antara Areel dan pihak produksi selepas perkhidmatannya ditamatkan.

Sementara itu, selaku pengarah bersama, Saiful Reza akui mencabar apabila dia diberikan tugas menggantikan orang lain dalam filem yang menelan belanja RM15 juta itu.

Memang agak mencabar. Saya lakukan yang terbaik sahaja. Semua babak aksi dalam filem ini adalah arahan saya. Babak drama dan yang lain-lain saya juga merujuk kepada Shaharudin.

Pendekar Awang: Darah Indera Gajah bakal menerjah ke pawagam seluruh negara pada 11 Januari ini.

Filem tersebut menampilkan pelakon Fattah Amin sebagai watak utama di samping aktor lain seperti Wan Hanafi Su, Amir Ahnaf, Nadhir Nassar, Nur Fazura dan ramai lagi.

SKIP THIS AD ×