Pelakon meningkat naik, Amir Ahnaf menafikan dakwaan yang mengatakan dia ‘merampas’ aktres Anna Jobling daripada aktor, Meerqeen.
Artikel Berkaitan: Muat Naik Video Bersama, Netizen ‘Approve’ Amir Ahnaf Dengan Anna Jobling – ‘Ini Sesuai Sangat’
Artikel Berkaitan: ‘Gila! Memalukan & Mendatangkan Fitnah’ – Anna Jobling Bakal Ambil Tindakan Selepas Foto Aib Versi AI Tular
Tak rampas
Ketika ditemui OhBulan, Amir berkata dia dan Anna sekadar berkawan dan mereka mula berkenalan selepas digandingkan menerusi sebuah drama.
Malah, Amir menyifatkan aktres berdarah kacukan Melayu-Inggeris itu sebagai seorang pelakon yang profesional.
Anna seorang pelakon yang sangat bagus, pertama kali saya jumpa dengan dia waktu tandatangan kontrak bagi drama yang kami berlakon bersama saya dah dapat rasa vibes.
Apa yang saya boleh beritahu, saya tidak merampas dia dari sesiapa. Saya hanya mahu buat kerja saya sahaja.
Ada juga orang yang tinggalkan komen kata saya merampas Anna dari Meerqeen. Kebenarannya, saya hanya bekerja sahaja, Anna seorang yang sangat profesional.
Amir berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana drama terbaharunya berjudul Gamers Mangkuk yang diadakan di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur, pada Khamis.
Dalam masa sama, pelakon yang popular menerusi drama High Council itu berkata, Meerqeen ada datang berjumpa dengannya dan memberikan kata-kata samangat agar dia melakukan yang terbaik ketika bekerja dengan Anna.
Meerqeen sendiri beri sokongan pada saya untuk buat yang terbaik dalam drama itu
Kami bertiga tiada masalah pun, mungkin yang mengapi-apikan adalah peminat. Pandangan masing-masing.