berita

‘Gila! Memalukan & Mendatangkan Fitnah’ – Anna Jobling Bakal Ambil Tindakan Selepas Foto Aib Versi AI Tular

November 9th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Anna Jobling

Pelakon jelita Anna Jobling akui terkejut apabila mendapati ada pengguna media sosial yang tidak bertanggungjawab telah menyunting fotonya dalam versi teknologi buatan atau AI sehingga mendatangkan aib.

Artikel Berkaitan: Muat Naik Video Bersama, Netizen ‘Approve’ Amir Ahnaf Dengan Anna Jobling – ‘Ini Sesuai Sangat’

Artikel Berkaitan: Penampilan Anna Jobling Dalam Muzik Video Rossa ‘Bertengkar Manis’ Dapat Pujian

Gila & memalukan

Anna Jobling

Ketika dihubungi OhBulan!, Anna menyifatkan tindakan tersebut sebagai memalukan dan sekiranya tidak dibendung ia boleh mendatangkan fitnah orang ramai.

Gila! Bagi saya benda tu memalukan dan kalau tak dibendung boleh timbulkan fitnah dan sangat melampau.

Saya tahu hal ini apabila ada yang kongsikan kepada saya melalui sosial media, dari fans dan pihak management.

Jadi bagi saya, benda tu mengarut dan saya tiada masa nak layan. Lebih elok fokus dekat kerja saya sahaja.

Sementara itu, ketika disoal ada segelintir netizen yang percaya foto aib tersebut merupakan miliknya, Anna berkata, peminat setianya pasti percaya dia tidak akan memuat naik foto sedemikian.

Kalau dia betul peminat saya, dia lebih tahu saya macam mana dari segi pemakaian, pergaulan dan semuanya.

Justeru, aktres yang popular menerusi drama Melur Untuk Firdaus itu menegaskan dia tidak teragak untuk mengambil tindakan sewajarnya sekiranya perkara tersebut berulang lagi.

Tindakan yang saya ambil kalau jumpa, report account tu dan kalau sangat melampau, saya akan ambil tindakan yang sewajarnya.

Terdahulu, sebuah portal mendakwa foto milik Anna telah disunting dalam keadaan tidak senonoh sehingga tular di laman TikTok.

Menerusi foto yang tular itu memperlihatkan wajah Anna disunting hanya memakai bikini. Meskipun jelas foto tersebut hasil teknologi AI, namun masih ada segelintir netizen yang percaya dan mengecam aktres itu.

Selain Anna, beberapa selebriti wanita lain turut menjadi mangsa, antaranya Sophia Albarakbah, Iman Troye, Mira Filzah dan ramai lagi.

SKIP THIS AD ×