Pelakon Amir Ahnaf memberikan respons terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali, dengan menegaskan pandangannya yang berbeza.

Artikel Berkaitan: ‘Depan Saya Semua Baik, Hakikatnya Belakang Sorok Dalam Media Sosial…Penyakit Kurang Telur’ – Jojo Ghazali

Artikel Berkaitan: ‘Saya Nak Kahwin Muda, Bina Keluarga Yang Sihat’ – Amir Ahnaf

Amir bersuara

Menerusi perkongsian di Threads, Johan atau lebih mesra disapa Jojo, 19, dilihat seakan memberi bayangan mengenai sikap segelintir individu yang meskipun telah mengubah taraf hidup namun masih terikat dengan mentaliti lama.

Boleh keluarkan rempit dari kampung tapi tak boleh keluarkan kampung dari rempit.

Duit tak mampu membeli kelas.

Bagaimanapun, ciapan tersebut meraih perhatian Amir yang mengakui dirinya memiliki kedua-dua ciri yang disebutkan oleh Jojo.

Walaupun begitu, Amir menegaskan bahawa seseorang itu berkelas apabila memiliki sifat menyesuaikan diri serta semangat untuk terus belajar.

Aku pun asal kampung dan ada elemen rempit juga.

Tapi aku belajar dengan cara yang susah bahawa apa yang membuatkan seseorang itu berkelas adalah kemampuan untuk menyesuaikan diri dan sentiasa belajar.

Sumber: Threads @amir.ahnaff