
Rentetan isu berkaitan dakwaan tunggakkan bayaran daripada sebuah stesen televisyen, pelawak Amir Raja Lawak menerima pelbagai tawaran untuk melakukan servis ulasan produk.
Artikel Berkaitan: Amir Raja Lawak Tuntut Stesen TV Langsai Hutang RM18,000 Segera! – ‘Abah Saya Hidap Kanser Usus, Ini Kecemasan’
Artikel Berkaitan: Amir Raja Lawak Mohon Stesen Televisyen Lunaskan Baki Bayaran – ‘Saya Perlukan RM18,000 Itu’
Pelbagai tawaran
Menerusi hantaran di Instagram, Amir berkongsi perbualan bersama seorang individu yang mahu menajanya ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah.
Bagaimanapun, Amir menolak pelawaan tersebut memandangkan dia perlu menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapinya.
Teringin sangat nak ke sana nak berdoa lama-lama, nak sujud lama-lama, nak mengadu pada Allah.
Dalam keadaan sekarang ini, ramai yang mesej saya nak ajak itu dan ini, untuk review kedai dan produk, untuk buat live..tetapi saya terpaksa tolak juga.
Sebab fikiran saya berkecamuk, tak boleh nak terima lagi untuk bersembang perihal yang sedikit rumit. Saya perlukan ketenangan dan ruang.
Amir selektif

Menurut Amir, dia terpaksa selektif terhadap tawaran yang diterimanya demi kestabilan emosi dan menjaga kesihatan mental.
Kalau diikutkan, servis review produk memang saya buat sebelum ini tetapi sekarang saya terpaksa tolak sebab saya tak ada masa untuk shoot dan edit. Banyak benda dalam kepala saya.
Situasi sekarang yang paling senang untuk saya adalah buat servis live jual produk sahaja, itu pun saya pilih juga supaya tak ganggu emosi dan mental.
Selain itu, Amir juga memerlukan rehat yang cukup dan memilih untuk tidak menjadi tamak.
Kalau fikir duit, saya dah pulun semua yang dalam inbox mesej itu.
Tetapi saya juga perlukan rehat dan tidur yang cukup, walaupun hakikatnya saya tak dapat pun perkara itu di waktu ini.
Terima kasih kepada semua yang beri sokongan.
Terdahulu, Amir menuntut sebuah stesen televisyen untuk melunaskan bayarannya sebanyak RM18,000 yang didakwa masih tertunggak.
Amir memaklumkan dia terpaksa membuat tuntutan itu berkali-kali kerana mahu membiayai kos perubatan ayahnya yang menghidap kanser usus.
Dakwa Amir, dia hanya menerima sebahagian bayaran iaitu RM5,000 daripada jumlah keseluruhan yang mencecah RM23,000.
Sumber: IG Amir








