Perasaan gelisah dan rindu yang membuak-buak terhadap rumah Allah akhirnya membawa kepada satu keputusan drastik buat penyanyi dan personaliti media sosial, Farez Adnan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Farez Adnan Tegur Segelintir Kenalan Minta Nyanyi Percuma, Mohon Faham Konsep ‘Cari Rezeki’ – ‘Kadang Orang Luar Lebih Hargai Kita’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Farez Adnan Nafi Guna Jalan Pintas Untuk Hidup Mewah, Mula Kerja Seawal 19 Tahun – ‘Kalau Usaha, Allah Janji Rezeki’

‘Kerja gila’

View on Threads

Kata Farez atau nama sebenarnya Muhd Fareezuan Adnan, 31, dia melakukan kerja gila apabila nekad membeli tiket penerbangan ke Jeddah secara spontan.

Farez berkata keputusan itu dibuat selepas hatinya berasa tidak tenang dan gusar beberapa hari yang lalu.

Kerja gila. Kelmarin tengok tiket penerbangan ke Jeddah, terus beli.

Tiba-tiba hati ini nak sangat ke rumah Allah.

Gusar je seminggu dua ni.

Dalam pada itu, Farez turut mendoakan agar dirinya diberikan rezeki melimpah ruah bukan sekadar untuk kepentingan diri, tetapi demi membahagiakan kedua orang tuanya.

Semoga Allah bagi rezeki melimpah-limpah dengan wang ringgit dan harta benda.

Sebab saya memang nak kaya, nak bawa mak dan ayah pergi menunaikan haji pula.

Sumber: Threads