Penyanyi dan pelakon Amira Othman akui teruja untuk menyambut hari raya bagi tahun pertama sebagai isteri.

Artikel Berkaitan: Individu Kongsi Terima DM Pujian Daripada Amira Othman Kerana ‘Sharing’ Pasal Dakwah – ‘Buat Saya Teringat Alam Akhirat’

Artikel Berkaitan: Individu Doa Bercerai, Netizen Gesa Fattah Amin & Amira Othman Ambil Tindakan Saman

Tahun pertama raya sebagai isteri

Ketika ditemui OhBulan!, Amira atau Nadia Amira Othman, 33, memaklumkan bahawa dia bakal beraya di sebelah suaminya, Fattah selama empat hari di Kuala Lumpur.

Tambah pelantun lagu Bincang Raya itu, dia teruja untuk bertemu saudara-mara sebelah suami yang disifatkan sebagai keluarga besar.

Raya pertama di Kuala Lumpur. Fattah cakap dalam tiga ke empat hari beraya di belah dia sebab nanti kena duduk lama sikit dekat belah saya sebab adik kahwin.

Ini pengalaman yang pertama ada tanggungjawab sebagai isteri dan menantu.

Saya ternanti-nanti untuk melihat keadaan bagaimana belah keluarga suami.

Selalu belah saya. Keluarga saya ramai, kebetulan Fattah pun sama. Jadi, tiada beza sangat lah.

Saya rasa gembira la bakal berjumpa saudara-mara belah Fattah.

Amira berkata demikian ketika ditemui di sidang media pelancaran muzik video Bincang Raya yang diadakan di Hotel Crowne Plaza, Kuala Lumpur.

Mengulas lanjut mengenai perbincangan balik raya, Amira menyifatkan Fattah sebagai suami yang fleksibel dan mudah untuk berbincang.

Segalanya dibincang dengan baik. Tiada istilah mengalah. Tiada perbalahan, Fattah sangat fleksibel.

Irfan Haris okay ke tiada kakak di hari raya pertama?

Berkongsi lebih lanjut, adik kepada penyanyi berusia 33 tahun iaitu Irfan Haris akui memahami status kakaknya kini yang bergelar seorang isteri.

Selain itu, Irfan tidak menganggap satu masalah tiada pertemuan pada hari raya pertama memandangkan kecanggihan teknologi digital masa kini yang masih membolehkan mereka untuk berhubung.

Saya okay saja. Saya dah terima status kakak saya sudah berkahwin. Semestinya suami menjadi keutamaan kakak.

Walaupun tak jumpa, kita boleh buat panggilan video.