
Penyanyi dan pelakon Amira Othman mengalami tekanan darah rendah dan sakit kepala yang keterlaluan akibat daripada keracunan makanan.
Artikel Berkaitan: Fattah Amin Hadiahkan Amira Othman Sejambak Bunga Tulip
Artikel Berkaitan: Amira Othman ‘Upload’ Video Fattah Amin Seloroh Buat Trend TikTok, Netizen Terkejut – ‘Berkali Tengok Betul Ke Kak Long Yang Post’
Darah rendah

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram Story (IGs), Amira atau nama lengkapnya Nadia Amira Othman dilihat berkongsi keadaanya yang kini dirawat sebuah hospital.
Ujarnya, dia memohon maaf kerana tidak dapat menjawab mana-mana panggilan telefon setakat ini.
Phone penuh dengan call dan mesej.
Ada masa saya tak boleh tengok phone sebab pening yang sangat dasyat mungkin sebab darah hari-hari rendah.
Tadi pagi-pagi 67/40.
Jadi, saya minta maaf semua kalau saya tak angkat call, sedang berjuang dengan sakit kepala ini.
Terima kasih di atas doa yang baik-baik.
Semoga kita sihat dan dilindungi selalu.
Dalam pada itu, pelantun lagu ‘Bila Nak Kahwin?’ tersebut sempat berkongsi foto beberapa jambak bunga yang diterimanya dari ‘rakan sekerja’.
Terima kasih Abang Long.
Abang Long korang sweet sangat.
Lain hari lain bunga katanya.
Sumber: Instagram @amiraaothman








