
Anak kepada usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Ammar Ahyan memberikan pandangannya tentang personaliti media sosial, DMA Islam.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] DMA Islam Bikin Panas, Anggap Masscomm & Teater Sebagai ‘Course’ B*doh – ‘Mereka Nak Enjoy Ja’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Niat Anak Aliff Syukri Singgah PPR Beri Sumbangan Duit Terima Pujian – ‘Ammar Suka, Tak Tahu Kenapa’
Pendapat Ammar
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Ammar tidak menafikan bahawa DMA Islam mempunyai pandangan yang tepat berkenaan sesuatu isu namun ramai yang kurang senang dengan cara dia mengutarakan pendapat.
Saya rasa kebanyakkan daripada pemikirannya mungkin betul tapi dia bercakap agak kasar dan orang tak suka.
Remaja berusia 17 tahun itu kemudian mengulas tentang kenyataan DMA Islam berkenaan gaji dan saham.
Saya ulang semula apa yang dia kata tapi bukan bermaksud saya setuju. Katanya, ‘bocah gaji RM1800 nak cakap pasal ASB (Amanah Saham Bumiputera)’.
Apa yang dia cuba sampaikan adalah kita jangan chase higher return, kita kena chase higher capital.
Netizen kagum

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan pendapat yang diberikan oleh Ammar.
Dalam masa yang sama, mereka turut menyifatkan anak sulung kepada usahawan popular itu sebagai remaja yang matang dan bijak.
Sumber: TikTok








