berita

Amy Search Gegar Indonesia Dengan Menyamar Sebagai ‘Pengamen’

April 13th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Menerusi Instagram milik penyanyi rock lagenda Amy Search telah memuat naik beberapa keping gambar yang menunjukkan dia kini berada di Indonesia. Terbaru, dia telah membuat satu kejutan kepada peminat-peminatnya di sana apabila tampil menyanyi di stesen MRT Bundaran HI, jakarta Pusat dengan menyamar seperti ‘pengamen’ atau pemuzik jalanan dengan memakai jambang dan misai palsu.

Amy tak dikenali peminatnya sendiri

https://www.instagram.com/p/BwLQdHqlj05/

Amy Search atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman berada di stesen MRT tersebut menyamar sebagai penonton sebelum dipanggil oleh kumpulan busker untuk menyanyikan sebuah lagu. Pada mulanya penonton yang menyaksikan persembahan itu tidak mengenali dirinya sehingga dia memperkenalkan dirinya.

Isabella memberi impak yang sangat besar

Saya rasa cukup terharu kerana lagu ini masih diingati hingga kini dan tak pernah luput. Tidak dinafikan impak lagu Isabella sangat besar dalam kerjaya saya dan Search.

Isabella adalah lagu yang saya anggap menjadi lambang cinta dua negara serumpun antara Malaysia dan Indonesia yang teguh hingga kini.

Teguhnya hubungan itu seperti mana kuatnya lagu ini hingga diterima ramai sampai kini malah negara kita dan Indonesia juga bagaikan bersaudara.

Menurut Harian Metro, dia yang turut mempersembahkan lagu popular sehingga kini iaitu Isabella kerana menganggap lagu itu memberi impak yang besar dalam kerjaya seninya.

Tak sangka ramai yang teruja

Saya memang tidak sangka ramai yang terkejut malah ada yang teruja. Mereka turut mengambil kesempatan mendekati saya.

Sebenarnya penyamaran itu sebahagian daripada rancangan mempromosikan MRT Jakarta yang dilancarkan sejak minggu lalu kepada masyarakat awam di sana.

Alang-alang berada di Jakarta saya berbesar hati dijemput sebagai artis pertama membuat persembahan di MRT Jakarta

Dia tidak sangka ramai yang terkejut dan teruja dengan penampilannya di situ. Dia dijemput hadir sebagai artis untuk mempromosikan MRT Jakarta yang baru dilancarkan.

Sumber: Amy Search, Harian Metro

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×