
Pelakon, Amyra Rosli mengakui pada awalnya tidak boleh menerima kenyataan bahawa suaminya, aktor, Amar Baharin akan menjayakan misi berbasikal Kembara Makkah, pada April ini.
Artikel Berkaitan: Amar Baharin Kayuh Basikal Ke Thailand, Amyra Rosli Resah Tak Dapat Tidur Malam – ‘Saya Tak Nangislah’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Amyra Rosli Percaya Amar Baharin Pandai Jawab Soalan Poligami – ‘Selagi Tak Ganggu Rumah Tangga Kami’
Tinggalkan tiga bulan
Amyra atau nama sebenar Nur Amira Izzati Rosli, 33, bagaimanapun reda dan berlapang dada dengan permintaan suaminya itu.
Jelasnya, sebagai isteri dia perlu menyokong apa jua yang dilakukan suami dan mendoakan perjalanan Amar ke Tanah Suci dipermudahkan.
Amar akan pergi berkayuh selama tiga bulan tinggalkan saya dan anak-anak. Awalnya memang tak boleh nak terima idea itu, sebab tempoh itu sangat lama.
Namun dia maklumkan terlebih awal, jadi ada tempoh saya untuk kawal emosi dan muhasabah diri.
Kalau saya sebagai isteri tidak menyokong dia, bagaimana nanti perjalanan dia mahu ke sana.
Saya serahkan segalanya kepada Allah dan mendoakan urusannya sentiasa dipermudahkan.
Sentiasa update
Tambah pelakon drama Sekam Di Dada itu lagi, dia percaya suaminya mampu menjaga diri dengan baik.
Satu permintaannya adalah supaya Amar sentiasa mengemas kini dan maklumkan keberadaannya.
Tipu kalau tidak timbul perasaan risau, saya percaya Amar seorang yang sangat berhati-hati. Saya tak minta perkara tidak elok terjadi, semoga Allah melindunginya, saya reda.
Saya pesan dekat dia, selagi tidak mengganggu perjalanannya minta tolong ‘update’ atau telefon saya dengan anak-anak.
Amar akan berbasikal menuju ke Makkah bersama rakannya yang juga pendaki Gunung Everest, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin.
Amar berkata, idea timbul selepas dia dan Muhamad Muqharabbin sering melakukan rutin berbasikal hingga 200 kilometer (KM) seminggu.