berita

Anak-Anak Rahsiakan, Ibu Sebak Baru Tahu Pemergian Bapa Lepas Balik Umrah – ‘Diorang Janji Nak Pergi Mekah Sama-Sama’

January 5th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Kehilangan insan tersayang terutamanya suami atau isteri adalah satu peristiwa yang sangat perit dan semestinya tidak dapat dilupakan. Itulah yang dilalui oleh seorang wanita ini selepas menerima berita pasangan hidupnya telah pergi buat selama-lamanya.

Terima berita sedih lepas balik umrah

Seorang pengguna TikTok yang dikenali dengan nama Umiaisy ada memuat naik momen ibunya yang baru sahaja menerima perkhabaran duka itu selepas pulang dari menunaikan umrah. Tak dapat digambarkan betapa luluhnya hati wanita ini (ibu) apabila mengetahui suami tercinta telah menghadap Ilahi sewaktu dia masih di Tanah Suci. Menurut Umi Aisy, dia bersama adik-beradiknya sudah berpakat untuk merahsiakan perkara tersebut kerana mahu ibu mereka tenang dalam mengerjakan ibadah umrah.

Tamat tempoh idah, mak ziarah kubur arwah ayah. Sayu hati tengok mak. Al-fatihah ayah.

Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan si ibu tidak dapat menahan sebak dan mengalirkan air mata ketika membacakan yassin di pusara bapa. Tambah Umi Aisy lagi, sepatutnya ibu bapanya pergi ke Tanah Suci bersama-sama tetapi si bapa tiba-tiba jatuh sakit namun sempat memberi keizinan kepada isterinya untuk menunaikan umrah.

Tak pernah satu hari pun mak tinggalkan ayah, sentiasa di sisi. Asalnya diorang dah janji nak pergi ke Mekah sama-sama tapi ayah sakit dan dia izinkan mak pergi dengan adik-adik mak.

Video

@umiaisy Tamat tempoh idah, mak ziarah kubur arwah ayah. Sayu hati tengok mak. Al-fatihah ayah. #fyp #fyp? ? Allah Allah Aghisna – Veve Zulfikar

@umiaisy Reply to @humaieah saat dia sampai, dia dah makin lemah. Lepas tu terus kena tahan wad. #fyp? ? Di Luar Kemampuanku – Ukays

Video yang dikongsikan telah mendapat hampir 430k tontonan dan kebanyakan netizen berasa sebak melihat situasi berkenaan. Mereka juga mengucapkan salam takziah dan berharap agar keluarga arwah tabah dengan ujian tersebut.

Meskipun begitu, ada sesetengah pihak mempertikaikan bahawa wanita itu berhak tahu tentang pemergian suami tercinta. Menjelaskan isu berkenaan, mereka tidak mahu mengganggu fokus si ibu beribadat selain mementingkan kesihatan wanita itu yang dikatakan agak lemah semasa dalam umrah.

Komen

Sumber: umiaisy

SKIP THIS AD ×