Penyanyi terkenal, Shila Amzah, menzahirkan rasa syukur atas kehadiran bapa tirinya, Brigadier Jeneral Zainal Abidin Muhammad Salleh, yang turut menjadi figura seorang datuk kepada anak-anaknya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Perubahan Fizikal Raih Perhatian, Netizen Puji Shila Amzah Makin Cantik

Artikel Berkaitan: Shila Amzah Tampil Dengan Demo Lagu ‘Coretan Anak’, Lirik Undang Rasa Sebak – ‘Ayah, Tahukah Rasanya Diabaikan?’

Broken family

Ketika ditemui OhBulan!, Shila atau nama penuhnya Nurshahila Amir Amzah, 37, mengulas mengenai perkongsiannya di aplikasi Threads yang menyentuh tentang lagunya berkisarkan pengalaman membesar dalam ‘broken family’.

Menurut Shila, bukan dia seorang sahaja yang melalui pengalaman membesar dalam keluarga yang berpecah-belah, malah orang di sekeliling termasuk suaminya turut berdepan situasi yang sama.

Kami dikelilingi oleh anak-anak broken home yang juga merupakan kawan-kawan kami.

Kalau ada apa-apa mereka akan datang ke rumah.

Orang selalu rasa cuma saya yang melalui semua ini. Tapi sebenarnya lagu ini, Ubai pun lalui.

Orang selalu nampak dia bahagia je.

Shila berkata demikian ketika ditemui pada majlis Muzik Lab: Hab Kreatif Anugerah Juara Lagu Ke-40 (AJL40) di Mcdonald’s Pantai Sentral Park, Kuala Lumpur.

Mengulas lanjut keadaan keluarganya kini, Shila memuji ibu serta bapa tirinya yang menjadi sosok hebat kepada anak-anaknya, Seth dan Rhea.

Mak dan ayah tiri saya sangat hebat. Itu saja apa yang saya boleh katakan.

Anak-anak saya sangat beruntung memiliki ‘step-up’ datuk.

Imbas kembali, Fauziah atau lebih dikenali sebagai Mama Zie mendedahkan dia dilamar Zainal Abidin selepas hanya sebulan berkenalan sebelum sah bergelar suami isteri pada 21 November tahun lalu.

Sekadar info, ibu kepada pelantun lagu Patah Seribu itu sah bercerai dengan penyanyi veteran, ND Lala, selepas 34 tahun mendirikan rumah tangga, yang mana diceraikan menerusi mesej di WhatsApp.