Hati ibu mana yang tidak risau apabila anak kesayangan tiba-tiba jatuh sakit terutama di kala pandemik Covid-19. Itu yang sedang dirasai pelakon jelita, Anzalna Nasir apabila anak lelakinya, Mohamad Eidrees terpaksa dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta.
Artikel Berkaitan: Hadiah Ulang Tahun Kelahiran Suami, Anzalna Nasir Umum Dah Bertudung – ‘Semoga Terus Istiqamah’
Musim anak kecil sakit
View this post on Instagram
Menerusi hantaran di Instagram (IG) miliknya, Anzalna, 34, berkongsi keadaan kesihatan Eidrees yang kini sedang menerima rawatan.
Menurut Anzalna atau nama sebenarnya Nur Anzalna Md Nasir, anak lelakinya itu tiba-tiba jatuh sakit dan mereka sekeluarga terpaksa bermalam di hospital sejak hari Selasa.
Dugaan kecil buat kami sempena cuti Tahun Baru Cina. Eidrees secara tiba-tiba tak sihat.
Doktor cakap sekarang ini banyak kes yang serupa macam Eidrees. Keluar rumah atau duduk rumah kalau nak kena, kena juga!
Dia seorang anak lelaki yang kuat walaupun tak sihat tetap gembira. Nampaknya kena berkampung lama juga di hospital. Tolong doakan Eidrees cepat sembuh.
Bagaimanapun, pelakon drama Memori Cinta Suraya tidak mendedahkan jenis penyakit yang sedang dialami Eidrees.
Ramai doa kesembuhan Eidrees
Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat mendoakan agar Eidrees cepat sembuh dan kembali aktif seperti biasa.
Di samping itu, ada juga segelintir ibu bapa yang berkongsi pengalaman selepas anak mereka turut sama sakit.
Terdahulu, Anzalna dan suami, Hanif Zaki mendirikan rumah tangga pada 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamad Eidress yang kini berusia tiga tahun.
Sumber: Instagram @anzalnanasir88