Tahun 2021, kita melihat ramai artis wanita mula mengenakan hijab sepenuhnya antaranya adalah Izara Aishah, Farah Nabilah, Siti Elizad, Betty Rahmad, Nana Mahazan, Fieya Julia dan Vicha.
Artikel Berkaitan: Padam Semua Gambar Lama, Izara Aishah Muat Naik Foto Bertudung Labuh
Artikel Berkaitan: ‘Isu Berhijab Tak Perlu Diumumkan’ – Farah Nabilah
Dah bertudung
View this post on Instagram
Paling terbaru adalah pelakon Anzalna Nasir yang mengumumkan dia kini sudah bertudung. Menerusi Instagram (IG) miliknya, Anzalna, 33, berkongsi berita gembira itu di hari ulang tahun kelahiran suami tercinta, Hanif Zaki semalam.
Dalam rakaman video yang dimuat naik, Anzalna yang mengenakan selendang berwarna putih memberi kejutan kepada suaminya. Hanif yang kelihatan terkejut terus memeluk Anzalna sambil tersenyum.
Semoga terus istiqamah. Happy birthday my love @hanif_zaki.
Rakan artis teruja
Perkongsian itu bukan sahaja menggembirakan keluarga pemilik nama Nur Anzalna Md Nasir malah rakan artis dan peminat.
Di ruangan komen, rata-ratanya memuji penampilan baru pelakon drama Memori Cinta Suraya yang kelihatan lebih cantik di samping mendoakan agar kekal beristiqamah.
Terdahulu, Anzalna dan Hanif mendirikan rumah tangga pada 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamad Eidress yang kini berusia dua tahun.
Sumber: Instagram @anzalnanasir88