
Anak sulung kepada pasangan Ina Naim dan Allahyarham Suhaimi Saad iaitu Hadie nekad meneruskan legasi arwah ayahnya dalam bidang nyanyian.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anak Dendang Semula Lagu Popular Arwah Suhaimi Saad, Netizen Sebak Dengar – ‘Suara Sama Macam Ayahnya’
Nak teruskan legasi arwah ayah

Ketika ditemui OhBulan!, Hadie atau nama lengkapnya Ehmad Hadie Elhardie berkata, dia juga mahu membuktikan kepada orang ramai dia juga boleh membanggakan ibu dan bapanya meskipun tidak belajar di sekolah harian.
Antara hasrat terakhir arwah ayah ialah dia mahu melihat anak-anak menyambung legasinya dan saya mahu melakukan itu.
Saya juga nak buktikan meskipun saya tak bersekolah normal tetapi saya nak buat terbaik untuk membanggakan ibu ayah saya.
Hadie berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada sesi sidang media program ‘Talk To My Manager’ yang diadakan di Royale Chulan Hotel, Kuala Lumpur pada Rabu.
Tambah remaja berusia 17 tahun ini, dia akan sentiasa mengingati pesan arwah bapanya yang meminta untuk menyelitkan mesej dakwah dalam nyanyian.
Arwah ayah juga pesan itu tidak lari dari dakwah di mana dalam nyanyian juga boleh diselitkan mesej-mesej kebaikan.
Dan pada saya program yang saya sertai ini menjadi batu loncatan buat saya untuk kembangkan lagi bakat dan karier saya.
Mungkin awal-awal ini saya kuncup (malu) tetapi lama-kelamaan saya pasti akan kembang dan terbiasa.
Sekadar info, program ‘Talk To My Manager’ ini menampilkan pasangan pengurus dan artis yang terdiri daripada ibu bapa selebriti bersama anak mereka.
Selain Ina Naim & Hadie, antara pasangan peserta musim ini termasuklah Shuib & Thalita, Liza Hanim & Marsya, Siti Saerah & Amad, Ameng & Ammar, Aziz M. Osman & Ara Aziz dan Sharifah Shahirah & Auddra.








