![[VIDEO] Anak Dendang Semula Lagu Popular Arwah Suhaimi Saad, Netizen Sebak Dengar – ‘Suara Sama Macam Ayahnya’](https://asset.ohbulan.com/2025/08/suhaimi-saad-11.jpg)
Pemergian penyanyi dan bekas anggota kumpulan nasyid Inteam, Allahyarham Suhaimi Saad telah meninggalkan kesan yang mendalam bukan sahaja kepada keluarga dan rakan-rakan malah peminat muzik juga merinduinya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Baju Suhaimi Saad 7 Helai Sahaja, Pakaian Yang Masih Elok Dia Akan Bagi Jiran’ – Ina Naim
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ina Naim Terkenang Pesanan Akhir Arwah Suhaimi Saad – ‘Selama Ini Yang Menjaga Kalian Bukan Saya, Tapi Allah’
Nyanyikan semula
Menerusi hantaran yang dimuat naik kumpulan Inteam di TikTok, kelihatan anak sulung kepada arwah Suhaimi iaitu Ehmad Hadie Elfardie sedang berada di studio rakaman.
Difahamkan Hadie menyanyikan semula lagu yang pernah dipopularkan oleh arwah bapanya berjudul Kias Cinta.
POV: Bila anak nyanyikan semula lagu arwahnya.
Al-Fatihah dan doakan kesejahteraan buat arwah Suhaimi Saad.
Netizen sebak

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet sebak melihat Hadie mendendangkan semula lagu tersebut kerana terkenangkan arwah bapanya.
Dalam masa yang sama, mereka juga berharap agar Hadie terus mengetengahkan bakatnya dan menjadi pelapis generasi baru penyanyi nasyid.
Ini lagu hits arwah semasa dia solo, sayu bila teringat tentang dia.
Rindunya suara arwah Suhaimi.
Suara dia sama betul macam arwah ayahnya.
Pewaris yang boleh menyanyikan lagu-lagu arwah.
Berlinang air mata, lunaknya suara dia.
Terdahulu, kesihatan Suhaimi atau nama sebenarnya Mohd Suhaimi Saad dilaporkan merudum sejak awal Oktober tahun lalu selepas mengalami cirit-birit sehingga susut berat badan sebanyak 20 kilogram (kg).
Selepas enam hari ditidurkan dan mendapatkan rawatan, Suhaimi disahkan meninggal dunia pada kira-kira jam 7.40 petang pada 15 November di Unit Rawatan Rapi (ICU), HSI akibat jangkitan kuman di paru-paru.
Sekadar info, Suhaimi berkahwin dengan Ina pada 12 Ogos 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.
Sumber: TikTok Inteam








