
Pelakon Rozita Che Wan, membidas komen segelintir warganet yang kurang senang dengan cara didikannya terhadap anak-anak.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Teruja ‘First Time’ Tengok Rozita Che Wan Tanpa Solekan & Filter – ‘Kalah Anak Dara!’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aaisyah Dhia Rana Raih Pujian Dengan Imej Rambut Baharu
Teguran Che Ta
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Rozita atau mesra disapa Che Ta menegaskan, setiap ibu bapa pastinya mempunyai cara tersendiri untuk membesarkan anak-anak mereka.
Jangan sibuk nak tegur rumah tangga orang kalau diri sendiri pun tak betul. Zaman sekarang ini ramai yang acah-acah dekat media sosial seolah-olah mereka betul.
Tegur anak kita kenapa tak macam itu..kenapa tak macam ini.
Anak awak, ajarlah cara awak. Anak saya, saya ajar cara saya. Sibuk je nak atur hidup orang lain, awak jaga anak awak, saya jaga anak saya.
Masing-masing besarkan anak ikut cara masing-masing sudah.
Justeru, aktres berusia 52 tahun itu menasihati warganet supaya jangan mudah untuk menilai kehidupan seseorang.
Ramai yang terpaling suci, terpaling nombor satu dan terpaling sempurna hidup mereka sampai sibuk nak cerca hidup orang lain.
Tak payah, jaga diri sendiri. Tak payah jadi CCTV hidup orang, fokus dengan hidup sendiri sahaja.
Komen netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan kenyataan ibu kepada tiga orang anak itu dan menasihatinya supaya tidak mengendahkan komen-komen negatif.
Betul tu, setuju sangat. Suruh mereka cermin diri dulu.
Biarkan mereka Che Ta, kita jaga diri dan keluarga kita sudahlah.
Saya setuju dengan Rozita, mereka itulah terpaling bahagia.
Sumber: TikTok Che Ta







![[VIDEO] Individu Tegur Penampilan Nampak Dewasa, Thalita Bidas – ‘Saya Duduk Atas Pentas, Makeup Kena Tebal’](https://asset.ohbulan.com/2026/07/thalita-1.jpg)
