berita

[VIDEO] Netizen Teruja ‘First Time’ Tengok Rozita Che Wan Tanpa Solekan & Filter – ‘Kalah Anak Dara!’

April 22nd, 2024 | by Alia
Kini Trending

Meskipun sudah mencecah usia 51 tahun, kecantikan pelakon jelita Rozita Che Wan tetap tiada tandingan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Rozita Che Wan Sambut ‘Birthday’ Ke 51 – ‘Nampak Tua Ke Muda Tak Penting, Nak Sihat Je’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Nauzubillah, Ramai Selebriti Sanggup Jadi Model Tudung Bukan Sebab Allah Tapi Bayaran’ – Rozita Che Wan

Tak pakai make up

Rozita atau mesra disapa Che Ta memuat naik video di TikTok, yang memaparkan dia sedang mencuci muka dengan menggunakan set produk penjagaan wajah jenamanya sendiri.

Aktres berasal dari negeri utara tanah air itu berkongsi rutin paginya sebelum memulakan aktiviti harian.

Namun paling menarik perhatian adalah kecantikan rupa parasnya yang tidak mengenakan sebarang solekan malah Che Ta juga tidak menggunakan filter.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengagumi keayuan wajahnya yang tak makan dek usia.

Che Ta punya cantik tak make up pun kalah anak dara.

Cantiknya Che Ta tanpa make up, awet muda sungguh kalau nak bandingkan dengan kami yang 30-an ni.

First time tengok tanpa make up, cantik je rupanya.

Serius la itu bare skin? Tak kusam langsung.

@rozitachewan1

Morning semua .. nak cantik jangan penyegan .. rutin kami simple ja janji penggunaan produk tu betui .. Cuci muka, pakai serum dan paling wajib pakai sunblock .. Jgn tunggu muka dh bejelaga baqu nak kelupoq .. jgn ?? start sekarang utk jaga kulit . #rcw #cheta #rozitachewan #fyp #cekangjelita #serumcheta #byrcw

? Cinta Setandan Pisang – Eda Ezrin & Den Manjo

Sumber: TikTok Rozita Che Wan

SKIP THIS AD ×