Anak bongsu kepada penyanyi nasyid, Syah Inteam iaitu Muhammad Mustafa kini bergelar Hafiz selepas berjaya menghafaz 30 juzuk Quran dalam tempoh 11 bulan.

Artikel Berkaitan: Anak Syah Inteam Menangis, Berjaya Khatam 30 Juzuk Al-Quran

Artikel Berkaitan: Tiket Konsert Inteam ‘Sold Out’ Dalam Tempoh 2 Jam! Ramai Minta Buat Hari Kedua

Bergelar Hafiz

Perkara itu dikongsikan menerusi sebuah hantaran di TikTok milik Akademi Al-Quran Akmal.

Hafiz 30 juzuk. Tahniah anakanda kepada Syah Inteam yang kini bergelar Hafiz al-Quran. Masya-Allah, satu pencapaian yang sangat luar biasa.

Bukan semua orang diberi rezeki sebegini dan bukan semua anak mampu tempuhi perjalanan ini tanpa bimbingan, sokongan dan doa tidak pernah putus daripada mak ayah serta murabbi.

Tahniah buat Inteam dan seluruh keluarga atas anugerah yang sangat besar dan penuh keberkatan ini.

Semoga anakanda terus thabat di jalan al-Quran dan menjadi asbab syurga buat keluarga.

Dalam perkongsian sama, dapat dilihat Mustafa bersama ibu bapanya menaiki pentas menerima anugerah tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya turut menumpang gembira selain mengucapkan tahniah di atas kejayaan itu.

Video

@akademiakmal

Alhamdulillah, Hafiz 30 Juzuk! Tahniah anakanda kepada Syah Inteam yang kini bergelar Hafiz Al-Quran 30 Juzuk! MasyaAllah, satu pencapaian yang sangat luar biasa! Bukan semua orang diberi rezeki sebegini. Dan bukan semua anak mampu tempuhi perjalanan ni tanpa bimbingan, sokongan dan doa yang tak pernah putus daripada mak ayah tersayang serta murabbi. Tahniah buat Inteam dan seluruh keluarga atas anugerah yang sangat besar dan penuh keberkatan ini. Semoga anakanda terus thabat di jalan Al-Quran dan menjadi asbab syurga buat keluarga 💚 #akmalspeedtahfizprogramme #tahfizsetahun #haflahtakrimi #haflahtakrimi6 #maraberjuang #permataumiabi #hafizsetahun #syahinteam

♬ original sound – Akademi Al-Quran AKMAL – Akademi Al-Quran AKMAL

Sumber: TikTok