Di Indonesia, seorang ibu telah dibunuh oleh suami dan anak sulungnya dengan menggunakan senjata tajam pada Jumaat lalu.
Artikel Berkaitan: Bekas Tentera Direman 7 Hari Kes Tikam Isteri Hingga Mati
Bunuh & bakar rumah
Memetik laporan Detik Jatim, mayat mangsa yang dikenali sebagai Aryati, 35 dijumpai oleh penduduk dalam keadaan berlumuran darah di dalam saluran pengairan di Desa Patalan dengan beberapa kesan tikaman.
Menurut anak mangsa iaitu Sunar, ayahnya sering melakukan keganasan rumah tangga terhadap ibunya manakala abangnya pula mempunyai hutang yang banyak sehingga bertindak membakar rumah kediaman mereka.
Difahamkan, suspek sakit hati terhadap mangsa apabila mengetahui isterinya berkahwin dengan lelaki lain tanpa pengetahuannya lalu bertindak membunuh mangsa bersama anak lelakinya dengan menggunakan senjata tajam.
Kejadian tersebut menyelubungi keluarga besar mereka di mana anak bongsunya yang berusia 10 tahun mengaku tidak dapat menerima apa yang berlaku kepada ibunya.
Saya tidak terima ibu saya dibunuh oleh abang dan ayah saya. Saya benci mereka kerana mereka membunuh ibu saya dan membakar rumah saya. Sejak ibu saya meninggal, saya merinduinya sepanjang masa.
Susulan kejadian itu, kedua-dua pelaku iaitu bapa dan anak sulungnya telah dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.
Sumber: Detik Jatim