berita

Luka Tikaman Hingga Ke Hati & Pembuluh Darah Jadi Penyebab Jururawat Maut

October 3rd, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Luka Tikaman Hingga Ke Hati Jadi Punca Utama Kematian Jururawat

Beberapa hari yang lalu, kita dikejutkan dengan berita kematian seorang jururawat yang maut ditikam oleh suaminya sendiri akibat cemburu.

Artikel Berkaitan: Cemburu Punca Jururawat Dibunuh Suami, Mayat Berlumuran Darah Dibalut Selimut Tebal

Tikam hingga ke hati

Luka Tikaman Hingga Ke Hati Jadi Punca Utama Kematian Jururawat

Terbaharu, Harian Metro melaporkan bahawa kematian jururawat yang bernama Munirah Abu Bakar itu disebabkan oleh luka tikaman hingga ke hati serta bahagian dalaman pembuluh darah.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Mohd Rodi selepas menerima keputusan proses bedah siasat yang dijalankan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar pada Ahad.

Berdasarkan keputusan autopsi yang dibuat di HSB, mangsa yang berusia 31 tahun maut akibat mengalami luka tikaman hingga ke hati serta dalaman pembuluh darah (vena kava) atau ‘stab wounds to the liver and inferior vena cava’.

Namun, setakat ini, kita belum memperoleh laporan keseluruhan proses bedah siasatan berkenaan.

Sementara itu, Ahmad Mohsin menolak kemungkinan untuk melakukan autopsi psikiatri ke atas suami mangsa yang merupakan suspek utama bagi kes ini kerana tiada keperluan untuk berbuat demikian.

Kita juga mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine ketika kejadian berlaku.

Pengaruh dadah bukanlah dikatakan penyebab kepada kejadian, namun ketika saringan ujian air kencing suspek dilakukan, kita mendapati ia positif dadah jenis methamphetamine.

Suspek kini ditahan reman hingga 7 Oktober dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sekadar info, pasangan tersebut mempunyai dua orang anak lelaki yang berusia lapan dan 10 tahun.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×