berita

‘Anak Cerita Mereka Tidur Sekatil, Berpelukan Sambil…’

November 4th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Menerusi Facebook, Syed Azmi yang terkenal sebagai seorang aktivis kemasyarakatan berkongsi luahan seorang pengikutnya yang kemurungan setelah diabaikan suami. Lebih menyakitkan hati, suaminya dikatakan bersekedudukan dengan wanita lain.

Suami ada perempuan lain

Sekadar gambar hiasan

Saya dan suami telah berkahwin pada umur saya 27 tahun. Dikurniakan sepasang anak. Sulung berumur 5 tahun. Yang bongsu berumur 6 bulan. Suami saya sudah saya kenal selama hampir 12 tahun. Saya telah diceraikan talak 1 secara tidak sengaja dan tanpa niat oleh suami beberapa bulan selepas berkahwin dan kami rujuk semula beberapa minit selepas lafaz.

Pada 19/10/2020 saya telah diceraikan talak 2 melalui applikasi whatsapp “aku ceraikan kau talak satu” terus meninggalkan rumah dan rujuk semula seminggu selepas itu. Pada 31/10/2020 suami telah melafazkan “aku ceraikan kau” dan terus meninggal kan rumah. Basically, sudah talak 3. Tapi suami kata semua talak tak sah sebab talak jatuh atas desakan saya meminta cerai. Dia pula tiada niat menceraikan.

Punca talak 2 dan talak 3 jatuh atas sebab suami ada perempuan lain. Baru saja bermula awal bulan 10 dan mencapai klimaks apabila saya mendesak dia menceraikan saya setelah kami rujuk talak 2. Dia meninggalkan rumah dengan membawa anak sulung sekali keluar bersama. Dia pulang ke rumah esoknya dan saya bertanya kepada anak pergi mana? Anak jawab “rumah mommy”.  Anak juga menceritakan yang suami dan perempuan tidur sekatil, berpelukan sambil bercium mulut. Setelah mendengar apa yang anak ceritakan, saya mengamuk dan terus minta cerai. Maka, jatuhlah talak ketiga.

Failkan kes ke mahkamah

Semalam, saya menerima panggilan dari suami. Saya ingat untuk selesaikan kes ke mahkamah sebab saya tak ada ic copy dia. Tapi dia call panggil perempuan tu ‘Yang…yang’ perempuan jawab ‘Ye yang’ sambil dua-dua gelakkan saya. Saya rasa murung sejak dari awal bulan, bertambah murung bila suami buat macam ni. Saya menangis. Saya minta kekuatan kepada Allah. Alhamdulillah. Allah beri kekuatan untuk saya failkan kes ni ke mahkamah. Sebut kes pada 25 November 2020.

Pada malam semalam, saya minta dia balik untuk hantar ic anak sebab saya jenis pelupa dan dia yang pegang ic anak-anak demam nak bawa pergi klinik. Saya juga kena pass salinan tersebut ke mahkamah untuk dia dan kena tandatangan form penerimaan. Saya tunggu suami di bawah blok dengan anak sulung sambil bertanya “ini kereta mommy”? Anak kata bukan. Sampai ada satu kereta Gen 2 berlalu, anak kata “ini kereta mommy”. Saya nampak suami keluar dari arah kereta dan saya telah pergi ke kereta perempuan berkenaan. Ya, ada perempuan dalam kereta. Saya telah menumbuk cermin depan dan cermin driver sampai retak sambil memegang pen untuk suami sign form.

Saya jadi marah sebab tergamak suami bawa dia datang sini. Walhal niat hati saya nak bawa anak sekali bersama-sama suami ke klinik. Perempuan itu beralih dari passenger seat ke driver seat start enjin dan berlalu. Sambil saya mengejar dari belakang. Suami mengejar kereta itu dan terjun masuk kedalam kereta berlalu pergi dengan lintang pukang kerana amukan saya. Saya cakap terus terang, kalau suami terus peluk saya dan anak malam tadi masa tengah mengamuk dan suruh perempuan pergi balik for good, saya boleh lagi maafkan dia. Ingatkan dah lafaz pergi balik rumah mak ke ape, rupanya menetap dan bermanja dekat rumah perempuan.

Murung sejak awal bulan

Sekadar gambar hiasan

Dia masih lagi suami saya selagi talak tak sah dekat mahkamah. Sakitnya hati saya memikirkan. Allah sahaja yang tahu. Tergamak dia berlalu tinggalkan saya dan anak di bawah blok semalam. Dia memilih perempuan tu daripada isteri dan anaknya.

Soalan saya, saya tak tahu macam mana nak keluar dari masalah ini. Saya murung, sedih dan depression sehingga sampai satu tahap saya nak campak baby ke bawah sebab murung. Suami kata tak nak sign form cerai dan  tak nak lafaz kat mahkamah sebab dia masih sayang anak-anak dia. Mungkin dia akan menipu juga di mahkamah. Tipu lah saya kata kalau tak sayang lagi. Susah nak move on tapi dia dah pilih jalan dia. Saya tak nafikan “he’s a good father”, he did everything better than me dan anak-anak lebih sayangkan dia. Tapi apa yang dia buat sejak sebulan ni abaikan anak, tinggalkan kami sampai pagi baru balik dan aksi-aksi drama terjun kereta yang berlaku. Saya tak boleh terima.

Saya dah murung sejak awal bulan. Saya turun berat yang banyak dan sekarang saya masih lagi murung. Cuma tak seteruk talak 2. Saya tak tahu apa nak buat kalau talak tak sah. 50 peratus suruh patah balik rujuk 50 peratus kata move on. Apapun keputusan dekat tangan saya. Bukan senang nak jadi ibu tunggal. Umur muda 32 tahun. Anak yang kecil baru 6 bulan. Saya buntu.

Sumber: Syed Azmi

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×