berita

‘Anak Dia dah Terbaring, Tak Makan 2 Hari…’

July 3rd, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Suara

Sebak apabila mendengar luahan pemberi bantuan yang menceritakan pengalamannya menyampaikan bantuan kepada sebuah keluarga yang menetap di Kuala Kangsar. Kisah ini diceritakan oleh lelaki itu menerusi satu panggilan yang dibuat di radio Suria FM semalam.

Artikel Berkaitan: Kisah ‘Kesusahan’ Ibu Tunggal Bersama 10 Anak Undang Sebak, Terpaksa Cari Rumah Baru Untuk Disewa

Artikel Berkaitan: Anak Baru Meninggal 3 Bulan Lepas, Rumah Pula Terbakar…

Artikel Berkaitan:‘Nak Jual Phone Sebab Dah Tak Ada Duit Nak Makan’

Kisah yang dikongsi ini secara tidak langsung ‘membuka mata’ netizen dan turut bersimpati dengan nasib keluarga itu.

Kisah meruntun hati

Foto: Tangkap layar video

Menerusi panggilan itu, lelaki ini menceritakan salah satu pengalamannya ketika menyampaikan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Bagaimanapun, ketika sesi panggilan itu berlangsung dia menangis berikutan gagal menahan sebak ketika menceritakan kisah seorang kanak-kanak yang terbaring berikutan tidak makan selama dua hari.

Ha ada satu kes tu yang saya pergi anak dia dah terbaring. Tak makan 2 hari jadi saya memang luluh hati. Saya terus lari cari makanan dan bungkus bagi dia makan dengan segera supaya ada tenaga.

Ujarnya lagi, program bantuan seumpama ini amat penting berikutan ramai individu yang terkesan dan putus bekalan makanan. Pada masa yang sama, dia turut memberikan pesanan kepada orang ramai untuk mengambil berat mengenai jiran-jiran yang berada berdekatan dengan rumah supaya kejadian ini tidak lagi berulang.

Memang program ini sangat penting sebab saya nak beritahu kepada semua orang ada yang data habis, lepas itu call tak boleh, credit habis. So diorang memang terputus habis bekalan makanan, terputus komunikasi.

Jadi saya mohon kepada jiran-jiran tolong tengokkan jiran anda. Ada yang tidak makan, ada yang sakit, macam-macam kes. Kejadian di Kuala Kangsar, kes ini terjadi di pedalaman dan diorang memang terputus bekalan makanan.

Video penuh

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Suria Malaysia (@suriamalaysia)

Sumber: Suria Malaysia

SKIP THIS AD ×