berita

Anak Diana Danielle Tumbuk Muka Kawan Lepas Kena Maki – ‘Bukan Nak Back Up Tapi Padan Muka’

January 26th, 2024 | by Hazirah
Kini Trending

Semalam, pelakon jelita, Diana Danielle mendedahkan anak sulungnya, Muhammad telah menumbuk muka seorang kawan.

Artikel Berkaitan: Diana Danielle Ambil A-Level & Diploma Serentak, Jadi Pembakar Semangat Kepada Netizen Untuk Timba Ilmu 

‘Maki hamun anak saya’

Menerusi ciapan di aplikasi X, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson memberitahu kejadian tersebut berlaku disebabkan kawannya itu telah mengeluarkan perkataan yang tidak baik kepada Muhammad hanya kerana tidak mahu bermain bersama.

Bukan itu saja, kanak-kanak tersebut turut memaki hamun serta memaksa Muhammad untuk membenarkannya datang ke rumah mereka.

Anak saya menumbuk muka kawannya hari ini. Kanak-kanak itu memaki hamun anak saya kerana dia mahu datang tetapi anak saya tidak mahu dia datang ke rumah kami.

Dah la nak paksa paksa datang rumah, bila tak bagi dia maki-maki dengan sumpah seranah.

Walau bagaimanapun, pelakon berusia 32 tahun itu menjelaskan bahawa dia tidak sesekali menyokong dengan tindakan yang dilakukan anaknya itu.

Disebabkan kejadian itu, Diana sudah tidak membenarkan anaknya itu untuk berkawan dengan kanak-kanak tersebut.

Memang elok merasa sikit biar ada adab. Bukan nak ‘back up’ anak pun, tapi padan muka. Akhir sekali, panggil Mak suruh selesaikan tapi tak nak mengaku dia provokasi anak kita.

Kita dah tak bagi anak kita kawan dengan dia.

‘Well done Muhammad’

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet mengatakan tindakan yang dilakukan Muhammad itu adalah satu tindakan yang betul.

Namun, berdasarkan pemerhatian OhBulan! hantaran tersebut telah dipadam oleh Diana.

Sumber: X

SKIP THIS AD ×