berita

Diana Danielle Ambil A-Level & Diploma Serentak, Jadi Pembakar Semangat Kepada Netizen Untuk Timba Ilmu

January 15th, 2024 | by Hazirah
Kini Trending

Pelakon jelita, Diana Danielle mendedahkan dia kini sedang menyambung pengajian di sebuah universiti tempatan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Tidak Hamil’ – Diana Danielle Nafi Foto Farid Kamil Pegang Perut Beri Bayangan Sedang Berbadan Dua

‘Saya mula belajar semula’

Menerusi beberapa ciapan di platform X, Diana mendedahkan bahawa dia sedang menyambung pelajaran pada peringkat A-Level dan Diploma secara serentak.

Diana memaklumkan bahawa dia mengambil jurusan Biokimia dan Psikologi untuk peringkat A-Level dan Pengurusan Perniagaan untuk Diploma.

Pelakon berusia 32 tahun itu turut mendedahkan dia pernah menyambung pelajaran dalam bidang bioteknologi tetapi bidang tersebut bukanlah minatnya.

Saya mula belajar semula guys. A-level dan diploma sekali. Ada yang menyebutnya bodoh saya menyebutnya ‘thrist trap’ (perangkap) versi pendidikan.

Untuk konteks, saya pernah menceburi bidang bioteknologi tetapi ia terlalu jauh dari minat saya sebab mak suruh. Sekarang saya melakukan biokimia dan psikologi untuk meneruskan dalam bidang neurosains dan diploma pengurusan perniagaan untuk memasuki bidang pemasaran.

Jangan risau, saya boleh menyelesaikan ini dalam masa saya sendiri. Saya sudah mempunyai kerjaya tetap untuk menyelamatkan saya.

Dalam pada itu, ibu kepada dua orang cahaya mata itu menyatakan dia akan berkongsi tentang kisahnya menjadi pelajar universiti kepada peminatnya.

Saya akan berkongsi hari-hari bahagia dan hari-hari buruk saya menjadi pelajar di sini dengan anda semua. Luangkan masa untuk membuat saya berasa seperti saya melakukan kesilapan. Tetapi sebaiknya percayalah saya akan mengikut cakap saya.

Bagi motivasi

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet menyokong dengan tindakan Diana untuk menyambung pelajaran, malah ada juga yang menjadikan Diana sebagai idola untuk mereka meneruskan pelajaran.

Bukan itu saja, rata-rata warganet mengucapkan selamat berjaya dan mendoakan agar pelakon filem ‘Imaginur’ ini dapat menghabiskan pelajarannya dengan berjaya.

Sumber: X

SKIP THIS AD ×