berita

Anak Dibuli Di Sekolah, Bapa Naik Hantu Balas Dendam ‘Gusti’ Dengan 30 Pelajar

May 9th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Daily Star

Tindakan 30 pelajar sekolah yang dipercayai membuli seorang pelajar lain mengundang padah selepas bapa kepada mangsa naik angin dan ‘bergusti’ dengan mereka.

Bapa naik ‘hantu’ anak dibuli

Foto: Daily Star

Menerusi laporan Daily Star, pergaduhan tersebut berlaku di Sekolah Tinggi Tuscon, Arizona dan bermula selepas bapa kepada mangsa Willie Smith, 40, nekad untuk berjumpa dengan pembuli anaknya. Menurut kepada aduan, Smith pada mulanya telah dipanggil bagi menjemput anaknya selepas ‘diganggu’ oleh pelajar lain.

Bukan itu sahaja, Smith turut dinasihatkan oleh pihak sekolah untuk membawa anaknya keluar melalui pintu belakang sekolah dan bukannya pintu masuk utama di bahagian depan. Bagaimanapun lelaki ini tidak akur dengan nasihat tersebut dan jalan melalui halaman sekolah.

Bergaduh dengan 30 pelajar

Sekadar gambar hiasan

Video pergaduhan yang berlaku turut disiarkan dan menerusi video pendek dikongsi dapat dilihat lelaki berkenaan yang ‘bergaduh’ dengan 30 pelajar yang lain.

Pegawai keselamatan yang berada di tempat kejadian cuba meleraikan pergaduhan tersebut dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan. Bahkan sebarang senjata sama sekali tidak digunakan dalam insiden itu.

Susulan daripada itu, Smith telah pun ditahan oleh pihak polis atas pertuduhan jenayah mengganggu ketenteraman sekolah bersama seorang remaja berusia 15 tahun.

Sumber: Daily Star

SKIP THIS AD ×